Perdana Menteri disambut meriah sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus kira-kira jam 4.50 petang. Foto Zulkifli Putra
Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tiba di Lapangan Terbang SultanMahmud (LTSM), Kuala Nerus kira-kira 4.50 petang hari ini untuk lawatan kerja selama dua hari ke tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuala Nerus, Besut dan Dungun.
Ketibaan pemimpin nombor satu negara itu disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Turut mengiringi, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, barisan exco kerajaan negeri dan pemimpin setempat.
Sejurus tiba, beliau yang diiringi Ahmad Razif dan rombongan bergerak ke tapak Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Bukit Nanas di Tepoh, Kuala Nerus.
Selepas itu, Perdana Menteri dijadual mengadakan perjumpaan khas bersama Biro Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen negeri di Kediaman Sri Setia pada sebelah malam.
Pada keesokannya, kira-kira jam 8 pagi, beliau akan berlepas menaiki helikopter dari LTSM bagi menghadiri Majlis Pecah Tanah Pemuliharaan Muara Sungai Besut yang dikenali sebagai gerbang pelancongan Terengganu di Kuala Besut.
Pada jam 3 petang pula Perdana Menteri akan melancarkan program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri di Tapak Perumahan Idaman Rakyat (SPNB) di Kampung Santong, Paka, Dungun. - teganukite.net
|
Sunday, 16 April 2017
Related Posts:
30 Masjid Utama Diiktiraf Masjid Pelancongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) merekodkan 30 masjid utama di negara ini disenaraikan sebagai masjid pelancongan. Antara masjid berkenaan adalah Masjid Abidin dan Masjid Kristal di Kuala Terengg… Read More
8,500 Nelayan Anggotai Kumpulan Keselamatan Nelayan Hampir 8,500 nelayan dari seluruh negara menganggotai Kumpulan Keselamatan Nelayan bagi memantapkan dan meningkatkan sinergi, kecekapan serta keberkesanan aktiviti-aktiviti keselamatan di kawasan nelayan.Ketua Unit Komunik… Read More
397,476 Daftar Penderma Organ Sejak 2010 Seramai 397,476 individu di seluruh Malaysia mendaftarkan diri sebagai pengikrar pendermaan organ selepas meninggal dunia sejak 2010 hingga September lalu. Bagaimanapun, jumlah itu sangat kecil berbanding keseluruhan pe… Read More
Kembali Kepada Agama Untuk Pembangunan Seimbang Dunia Dan Akhirat- Ahmad Zahid Ahmad Zahid mengacau bubur asyura Majlis Perasmian Ekspresi Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, hari ini. Foto Zulkifli Putra Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Ha… Read More
Pertubuhan Berdaftar Diingatkan Agar Tidak Langgar Akta Pertubuhan 1966 Ahmad Zahid ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2017 di Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pend… Read More