Sunday, 9 April 2017


Anak syarikat kerajaan negeri di Terengganu disaran mewujudkan peluang pekerjaan `separuh hari’ bagi membolehkan suri rumah yang berkelayakan menjana pendapatan sampingan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata cadangan terbabit wajar diperhalusi dengan memberi peluang kepada golongan itu terutama yang memiliki kelulusan akademik dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) keluar bekerja.

Katanya, mereka boleh menambah pendapatan keluarga sambil menjaga anak dan menguruskan rumahtangga masing-masing.

“Majikan boleh membayar gaji separuh atau dengan anggaran tidak melebihi RM500 sebulan kerana waktu bekerja hanya ditetapkan empat jam berbanding pekerja biasa yang ditetapkan selama lapan jam sehari.

“Sebagai contoh, sekiranya waktu bekerja bermula jam 8 pagi, waktu pulang perlu ditetapkan jam 12 tengah hari atau sekiranya dibenarkan memulakan tugas bermula jam 1 petang, waktu pulang adalah dalam tempoh empat jam berikutnya,” katanya di satu majlis baru-baru ini.

Ahmad Razif turut memberitahu, selepas atau sebelum waktu itu, mereka boleh menumpukan perhatian kepada keluarga masing-masing.

“Perkara itu perlu berikutan taraf hidup semakin meningkat dan mereka boleh mengguna pakai kelayakan akademik yang ada,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • YT Perkasakan MTQT Yayasan Terengganu (YT) diberi kepercayaan untuk mengurus dan memperkasa Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQT) negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang be… Read More
  • Media Rakan Strategik KKMM Pengamal media merupakan rakan strategik  Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam menyampaikan maklumat atau berita yang tepat kepada rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas… Read More
  • Yayasan Terengganu Hargai 54 Kakitangan Dalam Majlis APC Yayasan Terengganu (YT) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang di Dewan Besar Wisma Seri Amar, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi … Read More
  • 50 PKS Disenarai Sebagai Zon Perdagangan Bebas Digital Kerajaan negeri melalui SME Corp Terengganu  mengenalpasti 50 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu untuk disenaraikan dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ). Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan… Read More
  • Jelajah Beautiful Terengganu Di Mydin Bukit Mertajam 4 Hingga 6 Ogos Ini Tengku Zaihan (kanan) menerima cenderamata berupa koleksi gambar-gambar menarik negeri ini dari Wan Sufian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Kali Ke 28 dan Jamuan Raya Aidilfitri d… Read More

Demi Masa

RABU, 2 Julai 2018
11:53 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75901
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan