Ahmad zahid ketika berucap berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Faddzillah Abu Kassim
Orang Melayu masih memerlukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), daripada 5.2 juta pengundi Melayu 4.1 juta daripadanya mengundi BN.
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkembangan positif itu membuktikan terdapat kira-kira 78.7 peratus orang Melayu masih sayangkan UMNO dan BN.
“Inilah sasaran kita dan inilah simpanan tetap politik kita, tetapi ada yang cuba memecahkan kekuatan orang Melayu yang berasal daripada organisasi kita, tetapi `ketam-ketam batu’ ini kita ketepikan.
“InsyaAllah, dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu, biar kita kehilangan kawan segelintir, InsyaAllah kita akan mendapat kawan baru yang akan bersama-sama dengan kita yang kumpulannya lebih besar daripada yang telah keluar itu,”katanya ketika berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.
Ahmad Zahid yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO menjelaskan, kawan baru yang dimaksudkan beliau itu mungkin pada masa dahulu adalah di kalangan musuh politik, tetapi mereka telah `tabayyun’, memahami dan mampu menyelesaikan permasalahan untuk ditangani bersama.
Beliau juga meminta supaya tanpa mengetepikan agama lain, semua ahli UMNO dan BN bersama-sama dengan PAS menegakkan perundangan (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 yang bertujuan menjaga kepentingan orang Islam supaya orang Islam terus menjadi kumpulan yang tahu menghormati dirinya dengan perundangan.
“Biarpun dibawa oleh mereka, dan InsyaAllah biar kerajaan yang membentangkan undang-undang itu untuk menjaga orang Islam dan Melayu tanpa mengenepikan agama dan bangsa lain.
“InsyaAllah Rang Undang-Undang 355 akan dibentangkan di dalam sidang parlimen pada kali ini yang dibawa sendri oleh kerajaan,”katanya lagi.
Menurutnya, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sangat komited untuk bersama-sama menterjemahkan hasrat (RUU 355) ini tanpa mengganggu-gugat agama lain dan komponen lain dalam BN.
“Kita harap dengan kekuatan baru ini dengan ada rakan-rakan baru yang ada bersama kita ini, kita bukan berhasrat untuk mengadakan `tahallul siasi’ secara secara semborono, `political calibration’ secara mendadak, tetapi pendekatan kita secara berhikmah dan penuh persefahaman di kalangan kita.
“Saya akan perincikan dengan rakan-rakan saya di atas pentas nanti, kalau tidak hari ini mungkin hari lain mereka (Ahli Parlimen dari Terengganu) akan turun bertemu tuan-tuan dan puan-puan untuk melakukan penjelasan (RUU 355),”katanya. - teganukite.net
|
Wednesday, 22 March 2017
Related Posts:
PRU14: Hanya BN Memahami Kehendak Rakyat Manifesto Barisan Nasional (BN) merupakan manifestasi kehendak rakyat dalam mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini.Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu, Ten… Read More
BN Tanggung Tunggakan Cukai Akibat Janji PAS Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terpaksa membayar tunggakan cukai pintu selama lima tahun kira-kira RM26 juta kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selepas berjaya mengambil alih semula negeri pada Pi… Read More
PRU14 : Turun Caj Tol LPT2, 40,000 Peluang Kerja Dalam Manifesto Tambahan BN Terengganu Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menurunkan bayaran tol di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sehingga 50 peratus secara berperingkat-peringkat, mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan, peluang pekerjaan dan p… Read More
TPM Hadir Perjumpaan Tertutup Di Hulu Terengganu Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri perjumpaan tertutup pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu, di Bangunan UMNO Hulu Terengganu, di Kuala Berang, hari ini.Naib Presi… Read More
PRU14 : BN Optimis Rampas Alor Limbat, Bukit Payong A. Latiff ditemuramah media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Marang. "Kita yakin akan mendapat kembali dua kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang pernah dimenangi Baris… Read More