Monday, 27 March 2017

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah berkenan memberi tabik hormat sebelum memeriksa barisan kawalan kehormatan sempena istiadat pembukaan sidang DUN di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W Putra

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Tengku Sri Temenggong Raja, kerabat-kerabat Raja dan Ahli Dewan Pangkuan DiRaja.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.

Ketibaan baginda disambut dengan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’ , diikuti lagu Selamat Sultan serta pengibaran Bendera DiRaja.

Sultan Mizan kemudiannya memberi perkenan kepada ketua kawalan kehormatan untuk berangkat memeriksa barisan kawalan kehormatan diiringi Ketua Barisan Kehormatan dan Ketua Polis Negeri, Dato’ Rosli Abd Rahman.


Serentak dengan itu juga, barisan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’ dan lagu Selamat Sultan.

Sejurus kemudian, baginda berangkat masuk ke Majlis Dewan Undangan Negeri dan berkenan menyampaikan Titah DiRaja sebelum istiadat berakhir kira-kira sejam kemudian. - teganukite.net

Related Posts:

  • MBKT Segera Baik Pulih Laluan Jalan Kaki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) segera melaksanakan kerja membaik pulih laluan pejalan kaki yang runtuh akibat ribut pada Ahad lalu.Kerja-kerja baikpulih dijalankan sebelah malam bagi memastikan tidak menganggu ur… Read More
  • Satu Lif HSNZ Siap Diganti Baharu Lif nombor 5 di HSNZ siap dinaik taraf sepenuhnya. Kerja menggantikan satu lif Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi fasa pertama siap sepenuhnya hari ini.Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu, Ir… Read More
  • Kos Baiki Laluan Pejalan Kaki Ditanggung Kontraktor Pegawai dan kakitangan yang menerima anugerah di Majlis Jamuan Tahunan dan Apresiasi PMINT 2017 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Isma… Read More
  • Mangsa Banjir Bertambah Kepada 2,159 Orang Pertembungan air pasang besar dengan air sungai di Kuala Kemaman malam tadi, menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah itu makin bertambah.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che … Read More
  • Lif HSNZ Akan Diganti Baharu Lif HSNZ akan diganti baharu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Masalah kerosakan lif di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak lebih 15 tahun lalu sehingga menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, dijangka … Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan