Friday, 17 March 2017

Kompleks Rawatan Harian (ACC) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menukarkan laluan dua hala kepada satu hala bermula hari ini (16 Mac), dengan melibatkan beberapa persimpangan bagi mengelak kekeliruan dan kesesakan lalu lintas di sekitarnya.

Perubahan laluan sehala melibatkan di hadapan, tepi dan belakang bangunan ACC, HSNZ serta perubahan jalan sehala di laluan hadapan bangunan Forensik menuju ke bangunan 'Engeneering Plant'.

Pengarah HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus berkata, perubahan itu bagi mengelak kekeliruan dan kesesakan lalu lintas serta pihaknya juga menasihatkan pengunjung yang berurusan di ACC menggunakan simpang masuk pintu D (Berhampiran Masjid Al-Muktafi Billah Shah) dan pintu C (berhadapan Jabatan Pesakit Luar).

"Penukaran dari laluan dua hala kepada satu hala ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memastikan keadaan laluan trafik di kompleks Rawatan Harian (ACC), HSNZ berjalan dengan lancar,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, ia juga selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) bagi memastikan keselesaan kepada rakyat Terengganu bagi mendapatkan perkhidmatan terbaik di HSNZ.

Sebarang pertanyaan serta cadangan berkaitan lalulintas keluar dan masuk di ACC, HSNZ boleh menghubungi Ketua Unit Keselamatan HSNZ ditalian: 09-6212121. - teganukite.net

Related Posts:

  • Felcra Belanja Untuk Sekolah RM1.12 Juta Anak-anak peserta Felcra bergambar bersama -sama Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Zulkifli Sidik selepas majlis penyerahan barangan persekolahan hari ini Felcra Berhad (Felcra)melalui Program Tanggungjawab So… Read More
  • ‘Lihat Video’ Ciri Baharu Akhbar Suara Transformasi Slogan “Cara Lama Dimensi Baharu” cetusan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman agar menerapkan transformasi dan inovasi dalam setiap perkara kini dipraktikkan pula dalam penerbitan akhbar Suara Transformasi… Read More
  • GPMS Cadang Terengganu Youth City Dato' Mohd Zubir Embong bersama wakil-wakil Persidangan DUN Muda GPMS Negeri Terengganu 2018. Usul yang dibawa oleh Sharifah Nor Saidatul Husna Syed Anuar, wakil Kuala Berang dalam mewujudkan Terengganu Youth City (TYC)… Read More
  • Pakatan Harapan Terengganu mulai kecamuk Baru sahaja tinggal bersesak di rumah dengan hasrat berkongsi segalanya, namun dengan keadaan sekitar membiakkan hama, penghuninya mula diserang penyakit kudis buta yang mudah berjangkit. Resah pedih gatal itu seakan tidak… Read More
  • Kerajaan BN Terus Martabat Bidang Pendidikan- Mahadzir Mahadzir ketika melancarkan Majlis Pecah Tanah Pejabat Pelajaran Daerah Marang di Marang, Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini meneruskan agenda pembangunan pend… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:01 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan