Wednesday, 25 January 2017



Seramai 521 penerima Dana Tahun Baru Cina melibatkan kos RM185,900, menerima baucer dana itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, Marang, kelmarin.

Daripada jumlah itu, seramai 139 penerima untuk kategori warga emas yang melibatkan RM41,700, 17 Orang kurang Upaya (OKU) (RM5,100), 53 duda dan ibu tunggal (RM18,900) dan 312 golongan berpendapatan rendah (RM120,200).

Adun Pengkalan Berangan, A.Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri menyampaikan bantuan itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai. 




A. Latiff berharap bantuan itu dapat digunakan sebaik mungkin dan menambah keceriaan kepada penerima sempena sambutan perayaan itu, tidak lama lagi. 

Seramai 849 penerima dana itu di seluruh Marang melibatkan DUN Alur Limbat (313) dan Bukit Payung (15 orang). - teganukite.net

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan