Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Zulkifli Putra
Jumlah kerugian akibat kerosakan jalan selepas ditenggelami air dalam kejadian banjir yang melanda Terengganu baru-baru ini dianggarkan RM300 juta.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan laporan jumlah kerugian itu kepada Kerajaan Pusat.
Katanya, semua jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini sudah diarahkan mengemukakan jumlah kerugian dialami berikutan kemusnahan harta benda awam untuk dihantar kepada Kerajaan Pusat.
Sementara itu Ahmad Razif berkata, keseluruhan pusat pemindahan banjir di Terengganu telah ditutup dan semua mangsa pulang kediaman masing-masing Isnin lalu.
“Walaupun banjir sudah pulih sepenuhnya, kita sentiasa ambil langkah berjaga-jaga berikutan hujan lebat dijangka melanda negeri ini sehingga Mac depan.
“Semua pangkalan hadapan yang menempatkan bekalan makanan serta bilik gerakan bencana di peringkat negeri dan daerah diarah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hotel PB Square dan PB sentral, Kuala Terengganu, semalam.
Katanya, pemuafakatan semua pihak memudahkan gerak kerja ketika bencana banjir melanda negeri ini.
“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dengan gerak kerja termasuk operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir oleh semua agensi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” ujarnya.
|
Wednesday, 11 January 2017
Related Posts:
Sedia Beri Bonus Lima Bulan Gaji, Namun Kebajikan Keseluruhan Rakyat Masih Diutamakan Kerajaan negeri bersedia mengagihkan bonus raya kepada penjawat awam Terengganu sehingga lima bulan gaji.Bagaimanapun, perkara itu hanya menguntungkan segelintir pihak, sedangkan masih ramai rakyat Terengganu yang perlu me… Read More
Bawa Pulang Motosikal Di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama MB Ramadan kali ini buat seorang kakitangan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor, amat bermakna apabila muncul pemenang utama cabutan bertuah di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Be… Read More
Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu Mulai 16 Jun Ini Dekorasi pelita raya yang menghiasi kawasan R&R Perasing, Kemaman sempena pertandingan pelita raya Beautiful Terengganu Bermula 16 Jun ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Pertandingan Pelita Raya Beautiful Te… Read More
MBKT Minta Peniaga Bazar Tidak Abai Kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengingatkan 2,360 peniaga di Bazar Ramadan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus agar tidak mengabai aspek kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan dalam mencari keuntungan. … Read More
50 Pegawai PPDNKK Pantau Harga Barang Musim Perayaan Lebih 50 penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu bagi memantau harga makanan dan barang keperluan asas harian sempena Musim Perayaan Aidilfitri di pasar seluruh Terengg… Read More