Tuesday, 31 January 2017


Kejohanan Bola Sepak Pantai Terbuka Terengganu menjadi medan terbaik mengenalpasti bakat baru dan mampu menjalin hubungan ukhuwah yang baik di kalangan belia.

Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang Dato' Nik Dir Nik Wan Ku, berkata program anjuran Persatuan Kelab -Kelab Belia  (MAYC ) Kawasan Marang bersama Majlis Belia Daerah Marang itu juga dilihat signifikan bagi mengelakkan golongan belia dari aktiviti tidak berfaedah selain memupuk gaya hidup sihat.

"Syabas dan tahniah kepada penganjur. Bukan mudah mengadakan acara seumpama ini apatah lagi menghimpunkan 70 pasukan dari negeri di seluruh Malaysia. Alhamdulillah program juga berjalan lancar tanpa berlaku perkara -perkara yang tidak diingini.

"Moga sumbangan kita dalam menjayakan amalan hidup gaya hidup sihat dengan bersukan ini mampu menjadi contoh kepada ramai persatuan lain dan dapat diteruskan pada masa akan datang, " katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian penutup kejohanan di Pulau Kekabu, Marang, kelmarin.

Turut hadir, Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd Shabudin Hashim, Pengerusi MAYC dan Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman dan ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat.


Dalam pertandingan itu, johan disandang oleh pasukan Gelombang FC dan naib johan pasukan Kuala Pahang.

Masing- masing membawa pulang wang tunai RM2, 500 dan RM1,500 beserta medal dan piala kejohanan.

Manakala tempat ketiga dan keempat pula menjadi milik Pasukan Marang FA dan Telaga Batin FC , masing-masing menerima wang tunai RM500 dan medal. - teganukite.net

Related Posts:

  • Serikandi Sertai PTIWRBNM Di Kedah YDP Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria bersama ahli-ahlinya yang lain pada majlis perasmian PTIWRBNM di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Seramai 28 peserta mewakili Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Waki… Read More
  • TSG Pencabar Di Sukan SEA Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) diberi mandat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mewakili negara bagi acara lebuh raya Sukan Sea di Kuala Lumpur pada 19-31 Ogos ini. Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul … Read More
  • Jadikan Kejayaan Azizulhasni Contoh Terbaik Kejayaan pelumba trek kebangsaan yang berasal dari Dungun, Azizulhasni Awang diharap menjadi pendorong kepada atlet berbasikal terutamanya pelumba Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kejaya… Read More
  • Kopi Super Jantan Belanja Hampir Setengah Juta Taja T-Team Zulkifli menyampaikan tajaan berupa Kopi Super Jantan kepada kapten pasukan T-Team FC, Mohd Hasbullah Awang di Padang Latihan T-Team, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Ko… Read More
  • Serikandi Bawa Pulang Piala Jelapang Barisan pemain badminton Serikandi yang menjadi juara bagi kategori Classic Plate dalam PTIWRBNM yang berrlangsung di Alor Setar, Kedah. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil… Read More

Demi Masa

ISNIN, 3 Mac 2018
1:16 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74503
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan