Tuesday, 6 December 2016


Kajian terbaharu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mendapati tahap rasa selamat di kalangan penduduk di Terengganu  antara yang tertinggi berbanding negeri lain, iaitu pada paras 95.3 peratus.

Pengarah JPNIN Terengganu,  Dato’ Gandesan Lecthumanan, berkata peratusan itu menjadikan negeri ini tersenarai dalam kelompok tertinggi  berbanding negeri maju lain di seluruh Malaysia.

"Pihak kami mendapatkan maklum balas daripada hampir 26,033  responden di seluruh negeri hasil kaji selidik yang dijalankan melalui peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri ini. 
Kajian sebegini dilakukan dua kali setahun.


"Kita melihat perbezaan politik di negeri yang majoriti bangsa Melayu tidak menjejaskan rasa tenang dan selamat malah penyertaan kelompok masyarakat tanpa mengira fahaman itu dalam KRT dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) banyak membantu termasuk menjaga keharmonian dan mencegah jenayah," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Budi Dijunjung Martabat Dijulang, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi..


Hadir merasmikan majlis itu, Pengerusi  Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud .

Katanya, sejumlah 401 KRT sudah ditubuhkan sehingga kini dengan sejumlah 352 SRS dan daerah Kuala Terengganu mencatat jumlah tertinggi iaitu 103 KRT dan 113 SRS.

“Pihak kami menyasarkan jumlah KRT dapat ditingkatkan kepada 450 pada tahun depan di samping tumpuan turut diberikan untuk menarik penglibatan golongan muda untuk berperanan lebih besar dalam KRT dan SRS,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Anak Terengganu Di Perantauan Dapat Bantuan Sama Rata- MB Ahmad Razif menyampaikan sumbangan bantuan Tabung Darul Iman di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu, di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Pres… Read More
  • Mahkamah Syariah Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati Dengan Ejen Palsu Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) menasihatkan orang ramai terutama pelanggan Mahkamah Syariah supaya tidak mudah percaya dengan ejen palsu yang mendakwa mampu menyelesaikan pebagai urusan dalam tempoh singkat. … Read More
  • 562 Terima Bantuan Raya Sultan Mizan berkenan mengurniakan duit raya kepada penerima di Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin Dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Ha… Read More
  • Hadiah Lebih RM4,000 Jadi Rebutan Futsal Sahur Ahmad Razif cuba menyepak bola ketika melancarkan program Cabaran Futsal Sahur Tertutup Seberang Takir 2017 yang bermula semalam di gelanggang futsal Arena Sport Centre, Gong Badak, tengah malam tadi. Foto oleh Zulkipli CW… Read More
  • Peranan Pengamal Media Peranan pengamal media dalam menyebar maklumat dan informasi kepada masyarakat mengenai kerajaan negeri dan pelbagai pihak adalah amat penting dan sangat dihargai. Pihak  itu dianggap sebagai rakan pembangunan, me… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:52 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74703
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan