Tuesday, 20 December 2016

77 pelajar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang mendapat 11A dalam PT3 bersama dengan pengetuanya, Mohd Yusoff Othman selepas selesai pengumuman keputusan peperiksaan tersebut, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.

Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu mencatat peningkatan luar biasa dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) apabila seramai 77 orang daripada 109 calon di sekolah itu mencapai semua A.

Pengetuanya, Mohd Yusoff Othman berkata, keputusan yang diumumkan pada hari ini merupakan kejayaan sangat besar bagi sekolah tersebut.

Katanya, pelbagai program dilaksanakan bermula awal tahun lagi  bagi mencapai hasil seperti yang telah diperolehi pada hari ini.

“Jika dibandingkan dengan keputusan PT3 pada 2015, hanya 34 orang sahaja yang mendapat keputusan semua A. Keputusan pada tahun ini merupakan hasil daripada kerja yang sangat kuat dan luar biasa daripada guru-guru serta para pelajar di sekolah ini.

“Pelbagai program telah kami laksanakan sepanjang tahun untuk mencapai keputusan yang cemerlang ini antaranya kem mata pelajaran, kem motivasi serta kem kecemerlangan di kawasan luar sekolah,” katanya.

Mohd Yusoff

Yusoff dalam pada itu berkata sumbangan-sumbangan yang disalurkan melalui pihak ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Yayasan Terengganu kepada pihak sekolah juga antara yang telah membantu menjayakan program itu.

Tambahnya, selain itu jasa guru-guru yang banyak berkorban masa serta tenaga antara faktor kejayaan sekolahnya itu.

“Guru-guru ini bekerja tanpa mengira kos serta bayaran kerja lebih masa. Jika diikutkan, bayaran memang tidak cukup namun mereka bekerja dengan ikhlas semata-mata ingin melihat kejayaan di kalangan pelajar Tingkatan Tiga di sekolah ini.

“Alhamdulillah, atas usaha yang dilakukan kita berjaya melangkaui sasaran awal yang ditetapkan pada awal tahun apabila melangkaui 70 peratus calon mendapat semua A untuk tahun ini,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Bomba Iktiraf Pemanggil Pertama KBC Terbakar Nurul Najihah  Seorang wanita tidak menyangka akan diberikan penghargaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) apabila menjadi pemanggil pertama bagi melaporkan kejadian kebakaran tangki minyak mentah Ke… Read More
  • Sasaran PITAS 2030 Realistik Ahmad Samsuri ketika berucap di Majlis Ucap Negeri Terengganu Tahun 2018 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifat… Read More
  • Keputusan Siasatan Kebakaran KBC Diketahui Dua Minggu Lagi Datuk Soiman Jahid Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjangkakan siasatan penuh kebakaran tangki menyimpan minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) akan diketahui selewat-lewatnya dua minggu lagi.Tim… Read More
  • UniSZA, MAIDAM Bantu Lebih 1,000 Penuntut Miskin Pengurus BIMB,Wan Rosita menyerahkan sumbangan zakat kepada Naib Canselor UniSZA, Dato' Dr Ahmad Zubaidi sambil disaksikan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Osman Muda  Lebih 1,000 penuntut UniSZA bagi kategori miskin … Read More
  • `Jangan Beritahu Saya Isteri Menteri Besar' - MB “Pesanan saya kepada beliau supaya pergi (Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu) sebagai rakyat dan jangan pergi beritahu saya isteri Menteri Besar, tentulah mendapat layan `first class’. Pergi sebagai rakyat bias… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
1:27 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74667
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan