Tuesday, 20 December 2016


“Saya menerima puluhan panggilan  dari pecinta kucing  dan tidak ketinggalan menerima kunjungan orang ramai yang berhajat mahu menderma makanan kucing, sejak kisah kucing saya mendapat liputan meluas di pelbagai saluran media.

“Panggilan yang diterima bukan saja peminat kucing dari Terengganu malah dari Singapura, masing-masing melahirkan rasa prihatin tentang nasib kucing belaan saya,”seorang ibu tunggal, Roslena Mohammed, 52.

Roslina yang juga bekas guru Kelas al-Quran & Fadhu Ain (KAFA) yang memiliki 40 ekor kucing di rumahnya di Kampung Gong Gemia, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.

Dalam laporan media hari ini, Roslena menyatakan, dia menyayangi semua kucing yang dipeliharanya tidak ubah seperti anak sendiri dan kerana itu berasa bertanggungjawab memastikan haiwan terbabit cukup makan selain memperoleh rawatan sewajarnya sekiranya sakit.

“Saya tak kisah dengan cakap-cakap orang sekeliling kerana sikap saya terlalu mementingkan kucing berbanding keperluan diri sendiri. Paling penting semua kucing cukup makanan dan sihat.

“Mulanya hanya seekor kucing terbiar yang dipelihara namun semakin lama ia membiak dan bertambah selain kucing terbiar lain turut menumpang teduh di rumah kerana saya sentiasa menyediakan makanan untuk kucing terbiar di luar rumah,” katanya.

Roslena memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan bagi memastikan keperluan kucing yang dipelihara itu dipenuhi termasuk makanan, ubat-ubatan dan pasir najis.

Menurut Roslena ketika dihubungi Teganukita berkata , terima kasih di atas keprihatinan pelbagai pihak, termasuk Pengawai Penyelaras DUN Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi yang tidak keberatan singgah ke rumahnya untuk bertanya khabar.

“Hasil sumbangan diperoleh ini pasti melegakan saya, di mana tidak perlu lagi memikirkan keperluan kucing, terutama berkaitan makanan dan pasir dalam singkat ini.

“Saya berharap, perkara seumpama ini berkekalan dan apa yang dibelanjakan RM80 sehari untuk keperluan itu, boleh digunakan kepada perkara lain,”katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • MOA Sedia Kerjasama SPRM, Polis Tangani Ketirisan Bantuan Pertanian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada ketirisan berlaku dalam penyaluran bantuan ol… Read More
  • 50 Tahun Hadapi Banjir,Terima Dengan Redha Segelintir penduduk di beberapa kampung di Telemong menyifatkan banjir yang melanda kawasan mereka adalah yang perkara biasa yang perlu dihadapi dengan redha dan tabah sejak bertahun-tahun yang lalu.Seorang warga emas, Rok… Read More
  • Pelajar Raih 10A PT3, Mangsa Pertama Banjir Di Besut Seorang pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi mangsa lemas pertama banjir di Besut, petang ini.Mangsa, Zulfaiz Zukarmi, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong … Read More
  • Kerajaan Negeri Mahu JPS Kaji Punca Banjir Menteri Besar menyapa sekumpulan penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan Kampung Kepah, Telemong. Foto oleh Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri mahu Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) melaksanakan kajia… Read More
  • Talian Hotline 24 Jam Pejabat MB Ahmad Razif melancarkan Talian Hotline Pejabat Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra Kerajaan negeri memperkenalkan Talian Hotline 24 Jam Pejabat Menteri Besar Terengganu b… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan