Friday, 9 December 2016


Kerja-kerja meroboh Pasar Payang untuk melancarkan projek pembangunan semula Kompleks Pasar Payang baharu bagi menyediakan prasarana perniagaan lebih sempurna, dijangka bermula Jun depan.

Manakala  Pasar Payang baharu akan dibina sebaik sahaja selesai kerja-kerja itu dan peniaga berpindah ke pasar sementara di Pulau Warisan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, ianya akan dilakukan secara berperingkat- peringkat supaya tidak menjejaskan kunjungan pelancong ke tempat tumpuan itu khususnya sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

“Semuanya sudah berjalan lancar cuma tinggal kaedah untuk kita melaksanakannya sahaja. Kita fokus kepada bahagian perpindahan dan susun atur balik kepada peniaga-peniaga disini.

Setiap permasalahan berkaitan penempatan perpindahan sementara peniaga di Pasar Payang sudah dibincangkan menerusi pertemuan dan rundingan bersama peniaga serta ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Terengganu,” ujarnya kepada pemberita pada program Gotong Royong Pasar Payang Sempena Sambutan TMT 2017, di pasar tersebut, hari ini.


Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd. Zulkiflie Abu Bakar.

Menurut beliau, bangunan pasar lama itu akan diroboh sepenuhnya berikutan hasil kajian daripada pihak Jabatan Kerja Raya mendapati bangunan tersebut sudah tidak selamat untuk digunakan.

"Pembinaan Pasar Payang baharu yang bernilai RM78 juta bagi menggantikan pasar sedia ada yang dilihat semakin uzur itu pastinya memberi keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung," katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Peserta Luar LAJSM 2018 Meningkat Lima Kali Ganda Wan Sukairi (berdiri tiga kiri) menunjukkan t-shirt LAJSM 2018 di Majlis Sidang Media Pra-Pelancaran LAJSM 2018 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Peserta luar negara bagi Larian Antaraban… Read More
  • Anak Besut Cemerlang Di Universiti Liverpool Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohktar  mengucapkan tahniah di atas kejayaan anak jati Kota Putera, Besut Wan Nur Faezah Wan Mustafa atas kejayaan menamatkan pelajaran dengan cemerlang serta memperoleh First C… Read More
  • 868 Guru PASTI Diraikan Pada Konvokesyen Ke-10 Tiga penerima anugerah dekan menunjukkan plak masing-masing pada Sidang Pertama Majlis Istiadat Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia Ke-10 di Hotel Primula, malam tadi. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail  Guru-gur… Read More
  • Kerajaan Negeri Bantu Lepasan Maahad Menteri besar menyerahkan sumbangan kepada pengetua MDQ. Kerajaan negeri akan membuka lebih banyak peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dan teknikal kepada lepasan maahad di Terengganu. Menteri Besar, Dr. Ah… Read More
  • Kerajaan Negeri Sasar Tarik Lima Juta Pelancong Ariffin (kiri) ketika menyempunakan Majlis Perasmian Pejabat Baru MATTA Cawangan Terengganu di Dataran Panji, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd Noor Kerajaan negeri yakin dapat mencapai sasaran kunju… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:31 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan