Monday, 28 November 2016

Sebahagian daripada peserta yang menyertai program TIBM 2016 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.


Penganjuran  Terengganu International Bike Meet (TIBM) 2016, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu mendapat sambutan diluar jangkaan  apabila menerima kunjungan melebihi 20,000 peminat termasuk 5,000 peserta TIBM tempatan dan luar negara.


Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata dengan penyertaan peserta dari dalam dan khasnya luar negara dapat membantu mencapai objektif penganjuran program iaitu untuk mempromosikan Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.

“Peserta yang melibatkan diri dalam TIBM 2016 diharapkan akan menjadi duta kecil kepada Terengganu dalam mempromosikan destinasi-destinasi menarik di negeri ini.

“Selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) ketiga iaitu Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera diharap aktiviti permotoran seperti ini juga mampu memartabatkan budaya gaya hidup sihat berbentuk kekeluargaan dan berkomuniti terutama kepada belia dan remaja,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian TIBM 2016 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir Tengku Sri Temenggong Raja, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Bilah Shah; Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

Dalam pada itu, penyelaras program tersebut, Muhammad Sharif Majhardeen berkata sasaran yang ditetapkan pada kali ini melebihi daripada jangkaan pihaknya.

"Penyertaan yang memberangsangkan itu memberi galakan untuk pihak kami  terus menganjurkan program sebegini dengan menghimpunkan lebih ramai peminat permotoran di seluruh negara.



“Kita menjangkakan bilangan pengunjung yang hadir sepanjang program ini adalah seramai 15,000 orang namun kita dapati lebih 20,000 peminat permotoran telah hadir sepanjang semalam sahaja.

“Ini memberi lebih semangat untuk kita laksanakan lagi program sebegini di masa hadapan dengan menambah baik segala kekurangan yang dihadapi untuk TIBM 2016 ini,” katanya.

Beliau juga menzahirkan permohonan maaf kepada peserta serta pengunjung yang hadir jika terdapat kekurangan pada program tersebut.


TIBM yang julung kali dianjurkan selama tiga hari bermula 25 November tersebut adalah program kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Terengganu Riders Group.
Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang program tersebut berlangsung termasuk pertandingan airbrush motosikal, pertunjukan pocket bike, skill riding dan pelbagai lagi.
-
teganukite.net

Related Posts:

  • JPNT Sertai Travel Malaysia Fair 2017 Di Singapura Travel Malaysia Fair 2017 di Changi, Singapura selama tiga hari bermula hari ini turut melibatkan pemain industri pelancongan dari Terengganu dan beberapa usahawan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Pengarah Jabat… Read More
  • Pulau Kapas Paling Dekat Pulau Kapas di Marang, Terengganu antara destinasi percutian pilihan utama yang terletak hanya kira-kira 18 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan pulau peranginan paling hampir dengan tanah besar, iaitu berjarak enam… Read More
  • Belukar Bukit Dibuka Mulai Mac, Kembali Tarik Pengunjung Kawasan perkelahan Belukar Bukit, Ajil kembali menggamit kunjungan ramai selepas dibuka kepada pengunjung bermula Mac lalu.Kerajaan negeri menutup sementara kawasan Air Terjun Belukar Bukit, susulan tragedi lima sekeluarga… Read More
  • Pencahayaan Ditambah Baik, Perkukuh Imej Bandaraya Warisan Pesisir Air Ahmad Razif  (tengah) tertarik dengan kreativiti seni kraf oleh seorang pengusaha kurang upaya ketika meninjau sekitar pameran Duyong Art Festival 2017sejurus melancarkan program itu di Pulau Duyong, Kuala Nerus, hari… Read More
  • Duyong Art Festival Bawa Kelainan Berkarya, menganyam terendak dan menjual pelbagai produk serta makanan tradisional Terengganu di atas jeti, begitulah antara keunikan karnival seni, Duyong Art Festival 2017 yang diadakan di Jeti Pulau Duyong, Kuala Teren… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:01 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan