Sunday, 20 November 2016

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu membuka 35 kertas siasatan berhubung penyelewengan pembekalan pemasangan karpet di beberapa masjid dan surau di negeri ini.


Pengarah SPRM Terengganu P. Ganason berkata kertas siasatan itu kini di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM.



"Kira-kira 30 saksi terdiri daripada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), orang awam dan kontraktor telah dipanggil bagi membantu siasatan sejak kita mendapat maklumat mengenai kes itu awal tahun ini," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pejabat SPRM Negeri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad di Mukim Kubang Parit, dekat sini, pada Khamis.



Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan Datuk Sri Dr Amer Hamzah Mohd Yunus, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu Ir. Ab. Hamid Md. Daud dan Penasihat Korporat Serada Realty Sdn.Bhd. Tan Sri Abdullah Taib.



Selasa lepas, media melaporkan Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim mendedahkan perkara itu yang melibatkan penyelewengan tuntutan keseluruhan bernilai lebih RM1 juta.



Dalam pada itu, Ganason memberitahu bahawa SPRM Terengganu membuka 51 kertas siasatan berhubung kes jenayah kolar putih melibatkan kes rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tahun ini.



"Daripada jumlah itu sebanyak 14 tangkapan telah dilakukan dan 19 individu telah dituduh di mahkamah," katanya.



Mengenai pembinaan kompleks SPRM baharu itu, beliau berkata ia akan meningkatkan lagi integriti dan imej SPRM sebagai badan yang bertanggungjawab memerangi jenayah rasuah dalam kalangan rakyat.



Bangunan baharu itu merangkumi dua blok bangunan setinggi empat tingkat melibatkan kos sebanyak RM39.1 juta dan dijangka siap pada 3 April 2019.


"Kompleks baharu ini mengambil masa kira-kira 30 bulan untuk siap dibina berkonsepkan pejabat bestari dan dilengkapi kemudahan pejabat terkini yang sesuai dengan fungsinya sebagai jabatan penguatkuasaan undang-undang pencegahan rasuah," katanya.



Ganeson berkata reka bentuk kompleks baharu itu beridentitikan Terengganu dan diselitkan dengan gabungan identiti moden selain menempatkan keperluan bersesuaian termasuk ruang untuk bersukan dan beribadah. - BERNAMA

Related Posts:

  • Mobilepreneur@KKLW Bantu Belia Luar Bandar Kembang Perniagaan Ahmad Razif bersama sebahagian 257 penerima Mobilepreneur pada Majlis Penyerahan  Mobilepreneur@KKLW peringkat Negeri Terengganu di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah Abu… Read More
  • Kewangan Negara Kukuh Berita oleh: Izzuan AhmadKedudukan kewangan negara yang agak kukuh menjadi bukti kerajaan dapat melaksanakan pelbagai  projek pembangunan di negara ini tanpa memohon pinjaman daripada pihak lain, kata Ketua Setiausaha … Read More
  • MB Hadiri Forum Perdana Di Tok Jembal Ahmad Razif ketika menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di  Dewan Serbaguna Tok Jembal, malam tadi. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkesempatan meluangkan masa … Read More
  • Hab Digital Terengganu Dibuka Mulai 1 Mei Mohd Serigar mencuba kemudahan yang terdapat di TD 1303. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri memperkenalkan Hab Digital Terengganu, TD1303 bagi membolehkan rakyat terutama golongan muda di negeri  in… Read More
  • PRU 14: Calon Kuala Nerus Diumum Ahmad Razif bersama wakil ibu tunggal yang menerima sumbangan. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman memberitahu ada  penyandang Ahli Dewan Unda… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:47 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan