Sunday, 20 November 2016


SETIU: Polis Terengganu selesai merekodkan keterangan lima saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian belon meletup yang berlaku di Dataran Batu Burok Jumaat lalu.


Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata empat daripada lima saksi tersebut adalah individu yang melihat kejadian dan seorang lagi merupakan ketua penganjur program.



"Kita juga akan memanggil dan merekodkan percakapan daripada ahli jawatankuasa program termasuklah pembekal syarikat yang membekalkan belon pada program tersebut.



"Kita akan rekod percakapan untuk melihat sama ada pihak pembekal telah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh penganjur dan kita juga akan siasat sama ada berlaku kecuaian atau tidak daripada pihak penganjur," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai Pelupusan Barang Kes Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu di Lapang Sasar Lembah Bidong di sini hari ini.



Susulan daripada kejadian tersebut, Rosli berkata: "Saya cadangkan penganjur program dan majlis yang mahu menggunakan belon supaya merujuk kepada pihak polis terlebih dahulu agar pihak polis bahagian persenjataan atau unit pemusnah bom boleh menasihati mereka dan memberitahu apa langkah dan tindakan keselamatan yang boleh diambil."



"Untuk penganjuran majlis ini kami tidak dirujuk berhubung perkara ini dan sebelum ini juga kami tidak pernah dirujuk berkaitan penggunaan belon...jadi selepas ini mungkin penganjur boleh merujuk pihak kami terlebih dahulu sebab kita tak nak kejadian seumpama ini berulang lagi," katanya.



Rosli berkata sehingga kini pihaknya telah menerima satu laporan kes berhubung kejadian tersebut daripada pihak penganjur.


Dalam kejadian pada majlis sambutan Hari Penglihatan Sedunia anjuran Jabatan Kesihatan Jumaat lalu, sebanyak 150 belon yang hendak dibahagi kepada kanak-kanak selepas majlis berkenaan meletup menyebabkan tujuh mangsa dimasukkan ke wad manakala 24 lagi mangsa diberi rawatan sebagai pesakit luar.


Bagaimanapun semalam, tiga daripada 24 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar, telah datang semula membuat pemeriksaan dan dimasukkan ke wad menjadikan 10 orang yang masih menerima rawatan.  - Bernama

Related Posts:

  • Pengguna Akaun Palsu Tiada Masa Depan - Jailani Penggunaan akaun palsu di laman sosial terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14) hanya dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai masa depan.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Sri Jailani Johari be… Read More
  • Syukur Dapat Rumah Baru - Azaman Azaman ( kiri)bercerita tentang perasaan mereka sekeluarga apabila rumahnya dipilih  untuk baik pulih kepada Jailani  Kegembiraan jelas terpancar pada wajah seorang suami dan bapa, Azaman Said, 51, daripada Ka… Read More
  • Elak Kongsi Kemewahan Di Laman Sosial - Jailani Jailani beramah mesra dengan salah seorang peserta Mini Karnival Usahawan di bawah Pusat Internet 1 Malaysia di Kuala Berang,hari ini Jadikan data peribadi sebagai komoditi berharga dan jangan sewenangnya berkongsi di l… Read More
  • 300 Tadika Kemas Uzur Dibaikpulih Ahmad Razif bersama kakitangan Kemas Sebanyak RM9.6 juta diperuntukkan untuk menyelenggara dan membaik pulih 300  Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) yang uzur di seluruh negara bagi  tahun ini.Ketua Pengarah… Read More
  • Amirullah Terpilih Pengerusi MBNT Yang Baharu Sesi 2018/2021 Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman dipilih sebagai Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) yang baharu bagi penggal 2018/2021 pada Mesyuarat Agung MBNT Kali Ke-15 di … Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
1:47 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74696
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan