Sunday, 20 November 2016


KUALA TERENGGANU: Seramai 62 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik di sini terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat keracunan makanan.


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata dari jumlah itu, 36 adalah pelajar perempuan dan 26 lagi pelajar lelaki.


"Kesemua mereka diberi rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke sekolah pada 11.30 pagi tadi (Rabu) kecuali empat pelajar perempuan dan dua pelajar lelaki yang masih menerima rawatan.


"Berdasarkan siasatan awal terhadap pelajar, keracunan makanan ini dipercayai berpunca daripada sandwic telur yang dihidangkan di asrama sekolah, sebagai makanan lewat malam, malam sebelumnya.


"Difahamkan, pelajar ini mula mengadu sakit perut dan cirit-birit pada 9 pagi sebelum dikejarkan ke HSNZ," katanya kepada Bernama.


Selain itu, Shafruddin turut menasihatkan pembekal barangan keperluan dapur asrama sekolah supaya memastikan barangan yang dihantar sentiasa berada dalam keadaan memuaskan seperti yang dipersetujui dalam kontrak perjanjian.


"Pembekal perlu meneliti keadaan barangan dapur ini dengan cermat dan sekiranya rosak ia tidak lagi boleh digunakan.

"Warden asrama juga perlu sentiasa memantau kualiti makanan yang disediakan dari semasa ke semasa dan bertindak dengan pantas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti keracunan makanan ini.


"Paling penting, perlu cepat memaklumkannya kepada ibu bapa, selain jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan susulan dan perlu menjemput Jabatan Kesihatan untuk melakukan pemantauan secara berkala," katanya. - Bernama

Related Posts:

  • Puspanita Terengganu Lancar Tabung Prihatin To' Puan Seri Halina Zakaria merasmikan Tabung Prihatin Puspanita. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Negeri Terengganu melancarkan T… Read More
  • Bas Amfibia Menuju Ke Terengganu Akhirnya Bas Amfibia atau bas dua alam sampai dengan selamat di Malaysia dan difahamkan kini berada di Pelabuhan Klang.Bas yang menjadi antara modal politik  pembangkang, perlu melalui beberapa proses pemeriksaan tekn… Read More
  • Shabery Sangkal Dakwaan Bekas TPM Isu Persempadanan Semula Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyangkal dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa persempadanan semula kawasan pilihanraya memberi kelebihan kepada Barisan Nasiona… Read More
  • 2,400 Polis Terengganu Dikerah Pada PRU14 YB Dato' Seri Jailani Johari (tengah) Bersama Anggota & KP PDRM Terengganu Dalam Simulasi PRU di Kuala Berang Water Front, Hulu Terengganu  Seramai 2,400 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikerah dan be… Read More
  • Jalan LTSM Ke Pusat Bandar Bakal Siap Pertengahan 2019 Ahmad Razif mengawal jengkaut sebagai gimik dalam majlis pecah tanah di Seberang Takir, Kuala Nerus. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Projek jalan 'corniche' dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Pusat Bandaraya Kuala Tere… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:11 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74698
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan