Monday, 21 November 2016


Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM5.4 juta kepada 3,456 penerima menerusi Tabung Darul Iman (TDI) sejak Februari hingga Oktober lalu.

Daripada jumlah ini, sebanyak RM2.6 juta untuk kegunaan bantuan sara diri tahunan, RM1.2 juta untuk bantuan perubatan, RM1.3 juta bantuan bencana alam serta RM171,000 lagi untuk bantuan susu dan lampin pakai buang.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sebanyak 4,000 permohonan lagi sedang diproses dan menunggu kelulusan segera. 



"Permohonan daripada mereka yang datang dari pelbagai latar belakang ini akan meningkat setiap tahun. Namun, apa yang pasti, setiap wajah ini akan tersenyum, bahkan ada yang menangis terharu apabila diberi bantuan.

"Oleh yang demikian, kerajaan negeri akan meneruskan agenda menjaga kebajikan rakyat melalui peruntukan tahunan Tabung Darul Iman. Tetapi Kerajaan juga percaya, ramai di kalangan rakyat yang berkemampuan, turut ingin menderma dan bersedekah sebagai amal jariah mereka di samping mengharap balasan syurga semata-mata,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen `Seikhlas Kasih Sejuta Harapan', di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.




Ahmad Razif berkata, untuk hari permulaan kempen itu, kerajaan negeri berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM2.5 juta daripada 11 anak syarikat kerajaan negeri termasuk Terengganu Incorporated Sdn Bhd (RM1 juta), Kumpulan Permodalan Terengganu Berhad (RM500,000), Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (RM300,000), Ladang rakyat Trengganu Sdn Bhd (RM300,000) dan TDM Berhad (RM250,000).

Beliau sebelum itu mengumumkan pemotongan akaun gaji beliau berjumlah RM1,000 sebulan untuk disumbangkan kepada TDI.
Katanya, beliau selaku pemimpin negeri mengajak dan mengalu-alukan lebih ramai rakyat Terengganu, khususnya kepada penjawat awam negeri untuk berkongsi kesusahan dengan mereka yang berdepan musibah. 

Selain itu, sehingga Oktober 2016, kerajaan negeri mengumpul sebanyak RM7,654 hasil sumbangan orang ramai, khasnya daripada penjawat awam. 

Tambahnya, beliau percaya, jumlah itu boleh ditingkatkan lagi berdasarkan kesedaran dan komitmen semua pihak yang sentiasa prihatin dan bertanggungjawab sesama insan yang memerlukan.

Sehubungan itu juga, kerajaan negeri mengagihkan borang pemotongan gaji kepada penjawat awam yang berminat untuk menderma secara tetap.




"Bagi yang tidak berminat untuk membuat pemotongan gaji, bolehlah menderma secara terus ke akaun Maybank Tabung Darul Iman yang maklumatnya akan kita hebahkan.

"Diharap sumbangan yang anda beri sedikit sebanyak dapat membantu penerima bantuan. Biarlah sedikit asalkan ianya ikhlas, biarlah memberi jangan kita mengharap balas," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut bercadang mewujudkan satu program yang dipanggil Terus Tukar Baucer (TTB) dengan memberi baucer kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi mereka mendapatkan barangan asas dengan potongan harga di pasaraya - pasaraya yang terlibat dalam program ini.  

Menurut beliau lagi, diharap program ini dapat dilaksanakan sebagai satu cara untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat ekoran kos harga barang yang meningkat. - teganukite.net

Related Posts:

  • Madrasah Moden Bakal Lahir Ramai Ilmuwan Agama Penubuhan Madrasah Moden bakal melahirkan lebih ramai ilmuwan dan tokoh berpendidikan agama setanding dengan institusi pendidikan agama lain di negeri ini. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,penubu… Read More
  • MB UcapTakziah Kepada Keluarga Dua Juruterbang TUDM Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam tragedi yang berlaku di Hutan Paya Chukai, Kemaman, hari ini.Allah… Read More
  • MB Berbuka Puasa Bersama Warga Dungun Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To' Puan Seri Halina Zakaria hari ini mengambil kesempatan berbuka puasa bersama warga Dungun.Kira-kira 1,500 penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk… Read More
  • MB Tinjau Kebakaran Di Kampung Tanjung Kebakaran di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, malam tadi turut menarik perhatian Menteri Besar untuk meninjau lebih dekat kejadian sejurus tiba dari majlis bersama masyarakat di Dungun pada sebelah petang.Dato’ Seri Haji… Read More
  • MB Nikmati Kemeriahan Car Food Sahur Batu Buruk Ahmad Razif bersantai bersama pengunjung Car Food Sahur di Batu Buruk, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Tanpa mengira waktu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turun ke lapangan sebagai meny… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
3:58 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74678
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan