Monday, 5 March 2018

Konvensyen Barisan Nasional bakal bermula esok di Hotel Primula. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Barisan Nasional Terengganu bakal mengadakan konvensyen pertamanya sepanjang empat tahun pemerintahan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Hotel Primula selama dua hari bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa konvensyen tersebut, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata perasmian konvonsyen tersebut akan dilakukan oleh Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, konvensyen pada kali ini akan menghimpunkan 1,100 ahli terdiri daripada semua parti komponen Barisan Nasional Terengganu dan bakal menampilkan kelainan.

"Antara keunikan yang kita nak perkenalkan dalam konvensyen kali ini ialah pada hari pertama, kita jemput semua media menyertai kita daripada petang sampai malam.

"Pada sebelah petang, kita ada perasmian oleh Naib Presiden UMNO dan pada sebelah malam kita ada sesi pembentangan tentang ekonomi serta fakta-fakta perkara yang berlaku di Malaysia oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

"Dalam sesi konvensyen kali ini juga kita ada persembahan video daripada Presiden parti, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau tidak boleh hadir tetapi kita dapatkan khas pesanan-pesanan daripada beliau," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Sidang Akhbar Sempena Konvensyen Barisan Nasional Terengganu 2018 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.

Tambah Wan Abdul Hakim, tema yang dibawakan kali ini adalah 'Terengganu Molek Doh' bertujuan untuk memberitahu rakyat bahawa kerajaan sekarang adalah yang terbaik dan akan terus bersedia menjadi kerajaan yang terbaik untuk rakyat pada masa seterusnya.

Katanya, dalam konvensyen tersebut juga, mantan-mantan pemimpin turut akan hadir termasuk Tan Sri Wan Moktar Wan Ahmad serta mantan Ahli Dewan Undangan Negeri, dan juga mantan calon. - teganukite.net

Related Posts:

  • PAU 2016: Perlu Calon Orang Muda Pada PRU Ke-14 Bekas Ahli Parlimen Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga dikenali sebagai ‘giant killer’  cukup bersetuju dengan cadangan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO mahu mengetengahkan calon orang muda dalam Pilihan Ray… Read More
  • Kerusi DUN Bandar Untuk MCA Ahmad Razif meluangkan masa bersama kaum Cina Kuala Nerus di Duyung Marina & Resort, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Barisan Nasional (BN) Terengganu memberi komitmen penuh bahawa kerusi bag… Read More
  • Gunting Rambut Percuma Di Bangunan UMNO Gong Kapas Sabtu Ini Sempena sesi persekolahan baru yang bakal bermula tidak lama lagi, UMNO Bahagian Kuala Terengganu mengambil inisiatif memberi peluang ibu bapa yang mempunyai anak lelaki berusia antara tujuh hingga 12 tahun di sekitar Kua… Read More
  • BR1M Bukan Rasuah - Ahmad Razif Ahmad Razif Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai rasuah adalah tidak berasas. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan i… Read More
  • UMNO Kuala Terengganu Ringankan Beban Keluarga Kurang Berkemampuan Lebih 200 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Terengganu diraikan sempena majlis berkhatan beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu, hari ini.Ketua UMNO Bahagian Kuala Ter… Read More

Demi Masa

AHAD, 22 Jun 2018
1:06 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75752
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan