Monday, 5 March 2018

Hishammuddin menyampaikan amanat kepada warga Dungun dengan penuh semangat. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin Barisan Nasional (BN) akan menang di semua kerusi DUN di Dungun termasuk merampas semula tiga kerusi (DUN) dan parlimen selain meningkatkan majoriti DUN Bukit Besi.

Katanya, bahagian itu kini mula menggerakkan jentera dan memberi petanda meyakinkan bahawa BN mampu menang di kawasan itu.

"Bagaimanapun, walaupun gerakan dan semangat yang kuat ianya tidak mencukupi jika tidak disandarkan pada kesedaran serta keinsafan.Kita sudah tiada masa untuk memikirkan perkara remeh-temeh, tiada masa untuk bersengketa sesama sendiri.

"Sekarang ini pertimbangan ialah perjuangan dan parti apabilamana jentera serta parti kita dapat didekati rakyat. Akhirnya akan menentukan jatuh bangunnya pemimpin dan juga kedudukan parti kita sendiri," katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Dungun di Padang Bola Seberang Pintasan, Dungun, hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN Negeri yang juga Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi UMNO Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan serta Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta timbalannya, Dato' Seri  Dr Ahmad Zahid Hamidi kini sedang melakukan persiapan yang begitu teliti dalam pemilihan calon.

"Saya tak pernah tengok persiapan yang begini teliti samada dalam konteks calon, sentimen di peringkat bahagian dan penerimaan rakyat kepada calon-calon kita.

"Saya juga terlibat secara langsung dan persiapan kita hari ini, saya harap dapat dihargai oleh pemimpin-pemimpin di peringkat parlimen dan dun serta di peringkat bahagian," katanya.


Tambahnya, walaupun siapa sahaja yang diumumkan oleh Perdana Menteri, ianya sudah mengambil kira semua pertimbangan.

"Ia bukan satu perkara yang mudah tetapi perjuangan dan ikrar yang dilakukan lebih penting supaya kita sedar walau siapa saja yang dicalonkan kita akan bekerja bersungguh-sungguh," katanya. -
teganukite.net

Related Posts:

  • Jemaah Haji Terengganu Catat Peningkatan Ahmad Samsuri bermesra dengan sebilangan jemaah haji. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail. Terengganu mencatatkan peningkatan bilangan umat Islam yang berpeluang mengerjakan ibadah haji pada saban tahun di mana mencapai 2,739… Read More
  • Sultan Mizan Imarah Masjid Bukit Payung Sultan Mizan berkenan menyampaikan duit raya dan bersalaman dengan jemaah kanak-kanan sejurus selesai menunaikan solat Jumaat. Foto oleh Abu Ubaidah Mohd Noor Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menun… Read More
  • Golongan Berpendapatan Rendah Mula Nikmati Bekalan Air Percuma Kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini telah memperoleh manfaat menerusi pemberian air percuma oleh kerajaan negeri bermula bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa I… Read More
  • UKOM Dijenamakan Semula Kepada UPDI Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) yang merupakan jentera penggerak media rasmi kerajaan negeri akan dijenamakan semula berkuatkuasa 1 Julai ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan Neg… Read More
  • Pantau Projek Elak Terbengkalai Ahmad Samsuri bermesra dengan kanak-kanak Orang Kurang Upaya. Foto Harish Fadzillah Kassim Kerajaan negeri akan memantau secara serius semua projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan Kuala Nerus bagi mengelak te… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 27 Jun 2018
3:54 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75821
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan