Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim turut memotong rambut seorang kanak-kanak sambil diperhatikan Menteri Besar sempena Karnival Jom Kembali Ke Sekolah DUN Seberang Takir di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
Pusat hemodalisis baharu di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus dalam proses akhir penilaian oleh Kementerian Kesihatan sebelum dijadualkan beroperasi bermula Februari ini.
Kemudahan kesihatan bernilai RM1.4 juta itu kini dalam kerja-kerja akhir penilaian bagi memastikannya bebas dari kulat sebelum dibuka kepada orang ramai. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Kementerian Kesihatan perlu melaksanakan pemeriksaan secara rapi dan mengeluarkan kelulusan untuk memastikan pusat perubatan yang dilengkapi kemudahan 24 mesin dialisis itu benar-benar selamat.
"Pusat hemodialisis ini yang pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan secara berasingan kepada pesakit tertentu seperti kes HIV dan Hepatitis B menyebabkan kelulusan lebih terperinci dan memakan masa sebelum dibenar beroperasi.
"Operasi pusat ini adalah kerjasama antara Pusat Rehabilitasi dan Kementerian Kesihatan dan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kesihatan Negeri," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Jom Kembali Ke Sekolah DUN Seberang Takir Kuala Nerus, hari ini. Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, karnival yang dianjurkan Pejabat DUN Seberang Takir bersama Pemuda dan Puteri UMNO DUN itu disertai lebih 3,000 masyarakat sekitar dari golongan B40. "Puteri dan Pemuda UMNO bersama Ketua-ketua UMNO cawangan turut membantu mengagihkan pelbagai kelengkapan persekolahan seperti pakaian, beg, buku, kasut, gunting rambut dan sampul buku secara percuma kepada penduduk khususnya pelajar,"katanya. Tambahnya, segala peralatan bukan sahaja bantuan yang disediakan kerajaan negeri, malah sumbangan pelbagai badan korporat seperti Plus Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Tabung Haji bagi meringankan beban penduduk dan memastikan sesi persekolahan berjalan lancar.
Katanya, seramai 33 tukang gunting kebanyakannya dari kalangan generasi Y turut turun padang menggunting rambut 700 pelajar lelaki yang bakal memasuki persekolahan Isnin ini. - teganukite.net
|
Monday, 1 January 2018
Related Posts:
Masjid UniSZA Sedia Cermin Mata Wakaf Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi masjid pertama di Terengganu menyediakan sebanyak 50 cermin mata bagi diwakafkan kepada jemaah dalam usaha membantu menyelesaikan masalah jemaah yang mengalami rabun… Read More
Galak Ibu Tunggal Ceburi Bidang Keusahawanan Golongan ibu tunggal di negeri ini perlu berani untuk menceburi bidang keusahawanan dalam usaha mengubah nasib keluarga seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wan… Read More
Koguru Buka Peluang Ikuti Umrah Musim Sejuk Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti pakej umrah musim sejuk pada bulan Disember 2017 yang masih mempunyai kekosongan. Pengerusinya Alias Yah… Read More
Zakat Terkumpul Maidam RM27 Juta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima pungutan zakat berjumlah RM27,067,335.49 sepanjang empat bulan pertama tahun ini. Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya… Read More
3,000 Anak Perantau DUN Pengkalan Berangan Dirai Seramai 3,000 anak perantau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan diraikan dalam Sambutan Hari Raya Perantau di Kediaman ADUN Pengkalan Berangan, malam tadi.A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa… Read More