Wednesday, 28 June 2017
Seramai 3,000 anak perantau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan diraikan dalam Sambutan Hari Raya Perantau di Kediaman ADUN Pengkalan Berangan, malam tadi.
A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri berkata, majlis tahunan itu sebagai menghargai anak DUN berkenaan yang bekerja di luar Terengganu terutama Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
"Saya amat terharu atas kesudian semua anak perantau yang hadir pada malam ini.
"Dengan sokongan ini, telah menaikkan semangat saya untuk terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada masyarat," katanya kepada wartawan Teganukita.
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato' Nir Nik Wan Ku, Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, To' Puan Zaitun Mat Amin dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu Dato Muda Mamat serta pimpinan masyarakat.
Antara menu utama yang dihidangkan adalah nasi minyak, sate, kambing golek, jagung bakar, pelbagai bbq, mee hoon sup, rojak betik, ketupat, lemang, rendang, tapai dan laksa penang. - teganukite.net
Related Posts:
Ibu Dalam Pantang Diselamatkan Dalam BanjirSeorang ibu sempat menyelamatkan menantunya yang sedang berpantang sejak lima hari lalu, di rumahnya ke kawasan selamat selepas kediaman mereka di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, mula dinaiki air malam tadi.Siti Mat Zin … Read More
APM Hulu Bawa Guru, Pelajar SPM Terkandas Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu melancarkan operasi membawa empat guru pengawas peperiksaan bersama kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan dua calon pelajar … Read More
Waspada Bah Melanda - Ghazali "Berikutan Musim `Bah' (Banjir) yang kini mula melanda Pantai Timur, saya mahu ingatkan dan nasihatkan kepada semua khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, yang mana kampung-kampung yang terlibat banjir, berwaspadal… Read More
Bomba Nasihat Pindah Tanpa Perlu Tunggu Arahan- Azlimin Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai yang terlibat dengan banjir segera berpindah ke pusat pemindahan tanpa perlu menunggu arahan demi keselamatan diri masing-masing.Pengarahnya, Azlimin … Read More
Pelayaran Ehsan APMM Selamat Bawa Dua Calon SPM Kebimbangan dua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak dapat menduduki kertas akhir peperiksaan esok, berakhir apabila mereka diselamatkan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melancarkan ope… Read More