Sunday, 1 October 2017
Kerajaan negeri berjaya mengumpulkan hampir RM 600,000 melalui Tabung Kemanusian Rohingya sejak dilancarkan pada 20 September lalu sehingga kini.
Tabung berkenaan disasarkan mampu mencapai RM1 juta sehingga 10 Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, program kerajaan negeri menerusi skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB)kini bergerak ke seluruh daerah melalui pejabat daerah, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K) dan badan bukan kerajaan (NGO) ke peringkat bawahan bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk turut sama menyumbang.
"Di samping itu juga, kita sedang mengatur melalui kedutaan dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia(Mercy) Malaysia serta NGO dalam negara bagi mencari kaedah yang terbaik untuk menghantar sendiri sumbangan rakyat Terengganu kepada masyarakat Rohingya.
"Kita akan hantar bantuan ini dengan skuad sukarelawan TTB pada akhir Oktober ini dan tarikhnya akan dimaklumkan kelak setelah kesemua proses selesai.
"Sumbangan bukan berbentuk wang tunai tetapi dalam bentuk barangan keperluan seperti bekalan makanan,ubat-ubatan dan pakaian,"kata beliau.
Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong berkata kepada pemberita di Majlis Pelancaran Tabung "Bantu Rohingya"Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong di tapak Pasar Tani Kuala Ping, Telemong, hari ini.
Dalam pada itu,beliau turut berkata, tabung kemanusiaan ini juga akan dilancarkan kepada anak-anak Terengganu di perantauan pada 1 Oktober ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Menurutnya lagi, program ini bertujuan untuk menimbulkan perasaan kekitaan, kasih sayang dan kemanusiaan di kalangan rakyat Terengganu untuk membantu masyarakat Rohingya mengikut kemampuan masing-masing. - teganukite.net
Related Posts:
15 Veteran ATM Dianugerah Pingat PSSB Khidmat bakti anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sama ada ketika berkhidmat dalam pasukan dan selepas bersara tetap dihargai dan dikenang oleh pelbagai pihak yang sentiasa perihatin terhadap golongan berkenaan. Pe… Read More
RM411 Ribu Bantu Penanam Kenaf Setiu Kerajaan melalui Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) membelanjakan sebanyak RM411,255 sebagai insentif kepada 109 peserta tanamam kenaf di Setiu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan … Read More
Program Sidang DUN GPMS Cungkil Bakat Kepimpinan Belia Program Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)2017 merupakan platform terbaik mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan belia negeri ini, kata Yang Dipertua Dewan… Read More
Terengganu, Sulawesi Selatan Mahu Wujudkan Kerjasama Dalam Bidang Pertanian Terengganu mahu berkerjasama dengan Sulawesi Selatan, Indonesia dalam bidang pertanian, terutama berkaitan penggunaan teknologi makanan dan inovasi yang diguna pakai pihak itu bertujuan meningkatkan ekonomi negeri s… Read More
Terengganu Belanja RM867,600 Sempena Ihya' Ramadan Mohd Zubir menyerahkan bantuan kepada masjid dan surau seluruh Terengganu sempena Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, h… Read More