Thursday, 25 May 2017


Kerajaan melalui Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) membelanjakan sebanyak RM411,255 sebagai insentif kepada 109 peserta tanamam kenaf di Setiu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Mohamad Pehimi Yusof berkata, peruntukan itu akan dibelanjakan bagi menyediakan input tanaman kenaf melibatkan penyediaan kawasan tanaman itu.


"Secara keseluruhannya seluas 185 hektar tanah akan diusahakan dengan tanaman kenaf di Daerah Setiu.
"Bagi memudahkan pengangkutan pada tahun ini Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara menaik taraf jalan ladang di kawasan tanah kelompok Kampung Bahagia sejauh 3.7 kilometer (km) dan Kampung Guntung sejauh 2.3 km," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Kenaf di Kampung Guntung, Setiu, kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah LKTN, Idris Mohd Salleh, Pengurus Wilayah Timur LKTN, Mohd Norsyam Yahya dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.
Pehimi berkata, beliau mahu pihak terlibat membantu LKTN untuk mengenal pasti lokasi tanah di Terengganu yang boleh diusahakan dengan tanaman kenaf.
Beliau juga berharap lebih ramai penduduk di seluruh Terengganu khususnya di kawasan yang sesuai dengan tanaman itu supaya menanam kenaf kerana mampu menghasilkan pendapatan baik kepada pengusahanya.


Kenaf adalah sejenis tanaman yang digunakan untuk membuat beberapa produk antaranya ialah papan gentian dan barangan kraftangan. - teganukite.net

Related Posts:

  • Projek Jagung Bijian Kampung Dadong Diteruskan Alias Kerajaan negeri akan meneruskan Projek Perintis Penanaman Jagung Bijian yang diilhamkan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek di Kampung Dadong, Ayer Puteh, Kemaman.Ahli … Read More
  • Haji Cilik Little Caliph 12 Julai Ini Little Caliphs International Sdn. Bhd. (LCSISB) dengan kerjasama pengusaha The Little Caliph seluruh Malaysia menganjurkan Program Simulasi Haji bagi murid Tadika Little Caliph berusia enam tahun buat kali keempat sepanjan… Read More
  • Lemang Valley Jadi Tumpuan Sepanjang Ramadan, Syawal 'Wilayah Lemang (Lemang Valley) di Kijal menjadi tumpuan pembeli dari dalam dan luar Kemaman.Apabila menyebut makanan tradisional Lemang, pasti ada yang terbayangkan kesedapan beras pulut yang dimasak di dalam buluh dan dib… Read More
  • Badan Korporat Perlu Contohi Petronas Alias                                         Kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak syarikat dan badan korporat&n… Read More
  • TDM Rekod RM448.8 Juta Hasil Pendapatan 2017 Ahli-ahli lembaga pengarah bersama Wan Nawawi (dua dari kanan) menunjukkan buku laporan tahunan TDM Berhad .Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim Kumpulan TDM Berhad kembali mencatatkan perkembangan positif dengan merek… Read More

Demi Masa

RABU, 18 Jun 2018
3:15 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75715
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan