12 pendaki yang mewakili Terengganu dalam pendakian yang penuh cabaran.
Selepas menempuh pendakian selama 32 jam, 12 pendaki Kembara Terengganu De Latimojong berjaya menakluk puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Makassar setinggi 3,478 meter tepat pukul 12 tengah hari, 4 Oktober lalu.
Pendakian selama dua hari satu malam itu disertai Angkatan Pertahanan Awam Terengganu (APM), pengamal media Terengganu, Pejabat Menteri Besar dan Kelab Eksplorasi Terengganu. Ketua Koordinator, Mohd Rafi Kori, 38, berkata cabaran pendakian bermula dari pos satu di Desa Karangan pada jam 9 pagi, 3 Oktober lalu, di mana pendaki diuji dengan laluan yang sempit serta memerlukan kekuatan tangan dan kaki untuk menyusur di tepi-tepi lereng bukit. "Ada satu masa pendaki terpaksa menahan cuaca pergunungan yang tidak menentu yang disertai hujan lebat, suhu yang dingin mencecah empat darjah celsius dan angin kencang sepanjang pendakian untuk menawan puncak kelima tertinggi Indonesia," katanya kepada Bernama. Bagaimana pun bermula dari pos lima pada ketinggian 2,500 meter sehingga ke puncak pendaki dapat menikmati pemandangan indah hutan lumut dan perkampungan Karangan yang saujana mata memandang.
"Alhamdulillah kesemua pendaki selamat tiba di puncak pada pukul 12 tengah hari 4 Okt dan pendaki melakukan gimik kejayaan pendakian menggunakan pakaian tradisional berkain batik dan memakai terendak sebagai identiti warisan Melayu Nusantara.
"Lebih manis, pendaki Indonesia turut teruja dan bersama-smaa merakam detik kenangan dengan mengibarkan bendera kedua-dua negara Malaysia Dan Indonesia bagi menandakan hubungan akrab dan integrasi kedua-dua negara. Sementara itu, Chief De Mission yang juga Pengarah APM Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata pendakian ini lebih bermakna apabila pasukan kendaliannya turut membuat khidmat amal kepada penduduk Desa Karangan dengan menyampaikan bantuan kewangan dan keperluan harian. "Alhamdulillah..syukur kepada Allah perancangan untuk menawan puncak Rante Mario dipermudahkan dengan kesemua 12 pendaki berjaya turun dengan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan selepas menempuh perjalanan yang panjang dan mencabar. "Saya selaku ketua ekspedisi berasa agak tersentuh melihat kedaifan penduduk di Desa Karangan yang serba kekkurangan dan jauh ketinggalan dari segi ekonomi. "Diharap dengan bantuan yang dihulurkan dapat memberi sedikit kegembiraan dan keceriaan kepada masyarakat di situ," katanya. - teganukite.net |
Sunday, 8 October 2017
Related Posts:
Dungun Boleh Menang Jika Tiada 'Cah Keting'-PM Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan keyakinan tinggi bahawa Terengganu akan terus dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) berdasarkan perkembangan semasa dan kerja kuat dalam k… Read More
PM Lawat Keluarga Miskin Di Dungun Pasangan suami isteri Hamdan Ismail, 45, dan Kuliati Mudrikan, 39, dari Kampung Limbong, Paka bertuah apabila menerima kunjungan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kira-kira 2.50 petang tadi.Dalam kunju… Read More
Status PPR Padang Hiliran Dan Bukit Nanas Jadi Sewa Beli Jika BN Menang Kerajaan negeri akan menawarkan sistem sewa beli bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan Bukit Nanas, Kuala Nerus, sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Parli… Read More
Kerajaan Tidak Hirau Asakkan Pembangkang Najib menekan plak sebagai gimik merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan Antarabangsa) di Pekan Baru, Kuala Besut. foto Harish Fadzillah Kasim Kerajaan Barisan Nasional … Read More
Mandat Rakyat Perlu Untuk Pastikan Projek Pembangunan Dapat Dilaksanakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang bagi memastikan projek pembangunan dan kemajuan untuk rakyat dapat terus dilaksanakan. Perdana Menteri, … Read More