Sunday, 8 October 2017


Felcra In Situ Hulu Berang bakal menjadi lokasi  pertama di Terengganu dan kedua di Malaysia yang mendapat manfaat kemudahan akses internet melalui alat pemancar telekomunikasi 'Very Small Aperture Terminal' (VSAT) menerusi program Strategi Lautan Biru (NBOS) Menghubung Menyatu (CTU) di bawah Kementerian Komunikasi Dan Mutimedia Malaysia (KKMM).

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari berkata WiFi Setempat ini akan memberi peluang kepada lebih 400 penduduk Felcra In Situ Hulu Berang terutamanya dalam melayari  perkhidmatan jalur lebar atau akses internet secara percuma.

Jelasnya,liputan perkhidmatan tersebut akan meliputi persekitaran sejauh 150 meter daripada lokasi pemasangan itu nanti.

"Bila adanya WiFi Setempat ini, ianya dapat memberi akses kepada masyarakat setempat untuk menggunakan WiFi secara percuma, selain juga dapat dimanfaatkan oleh pelajar di sekolah berhampiran.

"Felcra In Situ Hulu Berang bakal menjadi lokasi kedua di Malaysia dan pertama di Terengganu yang mempunyai WiFi Setempat selepas Kampung Baru Salong, Chini, Pekan, Pahang sejak diperkenalkan pada awal tahun ini,"kata Jailani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pemimpin Bersama Peserta Felcra Berhad Hulu Berang Dan Dialog Transformasi Nasional(TN50) Belia Felcra Wilayah Timur di Perkarangan Pejabat Felcra  Berhad Kawasan Hulu Berang, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Felcra Berhad, Dato' Seri Bung Moktar Radin, Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib; Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad,Zulkarnain Mohd Usoup; Ketua Pengarah Seranta Felcra Berhad, Dato' Najmil Fais Mohamed Aris dan Pengurus Besar Felcra Berhad, Saipudin Omar.

Menurut Jailani, Pengerusi Felcra Berhad, Dato' Seri Bung Moktar Radin bersetuju meluluskan sebuah dewan baru di Felcra In Situ Hulu Berang, justeru itu sistem WiFi Setempat akan ditempatkan di dalam dewan baru itu nanti.

Sementara itu, Mohd Shakri Jusoh, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K)Kampung Betong berkata,dengan pemasangan WiFi Setempat akan dapat menyelesaikan masalah perhubungan yang dialami oleh masyarakat setempat di kawasan tersebut.

"Setakat ini kita memang bermasalah dalam talian komunikasi seperti dapatkan isyarat dan internet..sekali ada,sekali tak ada.Ini menyukarkan kami untuk berhubung terutama jika ada kecemasan dan sebagainya termasuk anak-anak yang memerlukan jalur lebar untuk mengulangkaji pelajaran.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen yang prihatin dengan masalah talian komunikasi kami dengan cadangan mewujudkan WiFi Setempat dan berharap ianya dapat disegerakan,"ujarnya.

Untuk rekod,CTU merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh KKKM dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan di samping penyertaan syarikat telekomunikasi swasta yang terpilih untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati faedah perkhidmatan jalur lebar atau akses internet secara percuma. - teganukite.net

Related Posts:

  • Rumah Hadiah Tahun Baru Sambutan tahun baru 2018 bagi sepuluh keluarga miskin dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, membawa berita menggembirakan apabila mereka bakal menetap di rumah baru di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)… Read More
  • Pesakit Jantung Ceria Masuk Tahun Satu Ahmad Razif berbual mesra dengan Muhammad Amirul. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Masalah jantung yang kritikal dihadapi Muhammad Amirul Mukmin Nasrulhaq Zamri, tidak menghalang hasrat kanak-kanak itu memasuki Tahun… Read More
  • Terengganu Sambut Tahun Baru Dengan Program Keagamaan Ahmad Razif berserta jemaah lain berdoa memohon kesejahteraan dan keselamatan untuk rakyat serta negeri Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Walaupun tiada tembakan bunga api di Terengganu oleh kerajaan negeri,… Read More
  • Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Ditutup Sementara Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu ditutup serta merta kepada pengguna bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh beberapa pihak termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Lemba… Read More
  • Aduan Hotline 24 Jam Pejabat MB Lebih 100 Sehari Menteri Besar melihat buku dihadiahkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar yang bersara mulai hari ini, di majlis serah tugas pegawai kanan negeri dan angkat sumpah Pihak Berkuasa T… Read More

Demi Masa

AHAD, 22 Jun 2018
5:55 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75756
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan