Dato' Low (lima dari kiri) dan Tun Ahmad Faisal menunjukkan poster Festival Peranakan Terengganu yang bakal berlangsung pada 25 Ogos ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.
Pesta Peranakan Terengganu 2017 yang akan berlangsung selama enam hari bermula 25 Ogos ini bakal menonjolkan keistimewaan masyarakat peranakan yang dikenali sebagai Mek dan Awang di Terengganu.
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, festival anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI) memasuki edisi keempat. Katanya, festival tersebut merupakan salah satu produk pelancongan yang berpotensi tinggi untuk diperkenalkan bukan sahaja kepada masyarakat di Terengganu malahan kepada masyarakat di seluruh Malaysia.
Katanya, perbincangan sering diadakan bagi mencari idea-idea serta strategi baru terutama dalam Visit Beautiful Terengganu yang sedang berlangsung di Terengganu.
“Antara elemen baru yang kita perkenalkan pada tahun ini adalah pavilion yang dilengkapi cahaya dan bunyi. “Kita juga mengambil konsep-konsep dari orang muda. Jadi kita ambil keputusan perkenalkan Wechat Stiker dengan membina ikon Mek Awang dan ianya memberi maklum balas yang amat positif,” katanya. - teganukite.net |
Monday, 14 August 2017
-
August 14, 2017
-
ketuapkp
-
PELANCONGAN
Related Posts:
Pulau Kekabu, Marang Zon Mandian Selamat Rozali melihat kaedah memproses air nira ketika Program Menyelusuri Sungai Marang YDP Bersama Media, semalam. Majlis Daerah Marang (MDM) bercadang menjadikan pesisiran pantai di Pulau Kekabu, Marang sebagai … Read More
Empat Kakitangan Muzium Negeri Ditugaskan Awasi Kegiatan Pelancong Di Pulau Bidong Muzium Negeri Terengganu menempatkan empat kakitangannya secara bergilir supaya mengawasi kegiatan pelancong di Pulau Bidong bagi mengelak berlaku vandalisme terhadap khazanah bersejarah.Pengarahnya, Mohd. Yusof Abdu… Read More
Festival `Duyong Art' Selama Sebulan Bermula 1 April Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Duyong Art Gallery dan Terengganu Backpackers akan menganjurkan Duyong Art Festival (DAF 2017) kali ke -3 di perkarangan Jeti Pulau Duyong, Ku… Read More
Festival Seni Dan Budaya Warisan Negeri 14 -15 April Ini Tun Ahmad Faisal (kanan) menunjukkan poster aktiviti Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, hari ini. Foti Oleh: Zulkifli CW Putra Kera… Read More
668 Poskad Ke Duyong Sempena Duyong Art Festival 2017 Tun Ahmad Faisal (paling kiri) bersama `orang kuat' di sebalik tabir penganjuran Duyong Art Festival sempena pelancaran program itu, di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkifli CW Putra Sebanyak … Read More