Mohd Jidin bersama Mohd Zulkifli meninjau lukisan mural di Jalan Banggol, Kuala Terengganu. Foto Zulkifli C W Putra
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memperoleh tajaan RM313,000 dari pelbagai pihak swasta bagi memperindahkan beberapa premis perniagaan usang di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu.
Terbaru, bagi mengecat dan menghias bangunan di Jalan Banggol, Kuala Terengganu sebanyak RM77,000 diperuntukkan menerusi Program Seni Hias Bandar.
Projek hasil sentuhan kreatif empat pelukis tempatan yang dikenali dengan gelaran Wan Coreng Moreng, Joe Janggut, Famy Moc dan Ku Bad itu mengambil masa kira-kira sebulan dan siap sepenuhnya akhir Ramadan lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, lukisan itu dimulakan di Kampung Cina dan mendapat tarikan pelancong untuk bergambar sekali gus dijadikan kenangan ketika berada di negeri ini.
Katanya, kemudiannya di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang bertemakan karikatur pemain-pemain bola sepak lagenda Terengganu membabitkan kos RM12,000.
“Fasa seterusnya melibatkan lukisan bermotifkan batik dan songket pada dinding Pasar Payang (RM200,000).
“Kerajaan negeri akan memperbanyakkan lagi lukisan seumpama itu pada bangunan lama dan lorong berjalan kaki di negeri ini sebagai tarikan baharu kepada industri pelancongan,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan lukisan mural sempena program Seni Hias Bandar, di Jalan Bandar, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar.
Mohd Jidin turut memberitahu, lukisan seumpama itu akan diperluaskan pada dinding Hentian Bas MBKT dan pelbagai lokasi bersesuaian dengan memaparkan wajah dan kehidupan masyarakat Terengganu selain bertemakan Visit Beautiful Terengganu.
“Usaha ini dianggap penting kerana mampu menarik minat pelancong untuk bergambar dan menviralkan kenangan di lokasi terbabit kepada umum melalui pelbagai saluran media sosial yang ada,”katanya. - teganukite.net
|
Sunday, 9 July 2017
Related Posts:
SKMM Kuatkuasa Akta Khas Kawal Laporan Berita Berunsur Fitnah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan akta khusus bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutamanya yang disebarkan oleh portal online bagi menangani aduan berkaitan kandungan jelik … Read More
Kesepaduan Tiga Pemimpin Pastikan Kemenangan BN Dalam PRU-14 Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Daerah Kemaman, hari ini. Foto oleh Tg Mohd Syamim Tg Ismail "Jadikan kesepaduan tiga pemimpin ini sebaga… Read More
16 Spesies Ikan Utama Bernilai Tinggi Ditemui Di Sungai Besut Sebanyak 16 spesies ikan utama yang bernilai tinggi dan boleh menjadi sumber mata pencarian kepada nelayan darat ditemui di Sungai Besut. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladang… Read More
Trek Lingai Challenge Paling Mencabar “Trek Kejohanan Lingai Challenge 2017 paling mencabar berbanding enam perlumbaan berbasikal lasak yang disertai sebelum ini berikutan banyak kawasan berbukit perlu dilalui. “Paling mencabar terpaksa meredah Bukit… Read More
Terengganu Belanja RM4.2 Juta Jayakan Program Pintar Al-Quran Tabika Kemas Setiap Tahun Pasukan Besut bergambar dengan Menteri Besar dan kenamaan lain sebagai meraikan kemenangan futsal selepas menewaskan Kuala Terengganu di pentas akhir sempena Majlis Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat N… Read More