Sunday, 19 February 2017


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan seorang Ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Katanya, provokasi dilakukan pemimpin parti pembangkang tidak melemahkan semangat empat ahli parlimen dan 17 Adun BN negeri, sebaliknya akan terus menunaikan setiap tanggungjawab diamanahkan rakyat.

"Saya nampak hari ini, pembangkang cuba menutup isu parti mereka dengan menunding jari parti lain. Cukup-cukuplah, masing-masing jaga parti masing-masing. Tidak perlu provokasi dan cetuskan keadaan yang tidak baik kepada rakyat.

"Parti UMNO dan BN Terengganu tidak akan ambil peduli perkara sebegini, apa yang lebih besar sekarang ini adalah meneruskan tanggungjawab untuk memastikan kepentingan rakyat diutamakan," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pengkalan Titian, Lembah Harapan dan menyampaikan bantuan kepada penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta mengadakan lawatan ke atas pesakit dan warga emas di Seberang Takir, hari ini.

Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata, pemimpin parti pembangkang cuba menutup isu perpecahan yang berlaku dalam kalangan kepimpinan termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang sebelum ini mengatakan seorang menteri kanan meletak jawatan.

"Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, empat pemimpin DAP Melaka mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Adun.

 "Disebabkan terdesak dan cuba menutup isu itu, pemimpin pembangkang terutamanya PPBM memviralkannya di laman sosial dengan mendakwa seorang Ahli Parlimen serta empat Adun BN Terengganu menyertai parti itu," katanya.

Menurut Ahmad Razif, tiada seorangpun Ahli Parlimen dan Adun BN di negeri ini meletak jawatan dan menyertai PPBM, walaupun terdapat bekas ahli serta pemimpin UMNO dilantik sebagai ketua bahagian parti itu.  - teganukite.net

Related Posts:

  • Wanita UMNO Dituntut Manfaat Kemajuan Teknologi Wanita UMNO mesti menerima cabaran dan mendakap perubahan bersama kemajuan teknologi untuk meletakkan parti itu di kedudukan yang terbaik melalui rangkaian media sosial. Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Jaila… Read More
  • Wanita UMNO Perkasakan JR & JR Plus Hadapi PRU 14 Pergerakan Wanita UMNO Hulu Terengganu akan terus meningkatkan keberkesanan Jalinan Rakyat(JR)dan JR Plus sebagai platform utama sayap itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.Ketua Pergerakan Wanita UMNO … Read More
  • Pemuda Dan Puteri UMNO Perlu Juarai Perang Siber Pemuda dan Puteri UMNO perlu lebih menguasai perang siber berbanding pembangkang bagi menangkis dan menyerang balas fitnah yang dilakukan.Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini sang… Read More
  • Pemimpin, Ahli UMNO Jangan Terlalu Selesa- Jailani UMNO dan Barisan Nasional(BN) tidak boleh merasa selesa kerana  berjaya mentadbir negara. Sebaliknya, harus bersama terus bekerja-keras untuk menjuarai hati rakyat, demikian kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Ja… Read More
  • Nafi Lesen Rumah Bot Ditarik Balik Pemilik rumah bot yang menjalankan operasi di Tasik Kenyir menafikan menerima ugutan lesen operasinya akan ditarik balik kerana membawa rombongan dari kumpulan parti pembangkang melawat pulau bebas cukai di Pulau Bayas, Kh… Read More

Demi Masa

KHAMIS, 19 Jun 2018
11:26 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75726
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan