Sunday, 19 February 2017
Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Pantai Timur akan mengalami beberapa perubahan laluan di negeri ini demi merancakkan lagi sektor pelancongan negeri.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri telah memutuskan dalam mesyuarat Exco Rabu lalu penambahan beberapa jajaran baru bagi projek ECRL yang akan bermula Julai ini.
Menurut Ahmad Razif, ianya akan mengekalkan lapan stesen dengan pindaan lokasi stesen dan penambahan empat jejari jajaran berbanding dua sebelum ini.
Beliau berkata, mengikut cadangan asal, ia membabitkan jarak sepanjang 234 kilometer (km) dari Kampung Raja ke Kemaman tetapi cadangan baru adalah sejauh 227 km dengan cadangan bagi empat jejari jajaran adalah 71 km.
"Ia membabitkan jarak sejauh 298 km yang mana kita mengekalkan Stesen Kampung Raja, Stesen Penarik, Stesen Dungun dan Stesen Chukai.
"Selain itu, kita turut mencadangkan stesen baru iaitu Stesen Kuala Nerus, Stesen Kuala Telemong dan Stesen Pengkalan Berangan yang pada asalnya adalah Stesen Ajil serta Stesen Kemasik bagi menggantikan Stesen Paka," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pengkalan Titian, Lembah Harapan dan menyampaikan bantuan kepada penerima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta mengadakan lawatan ke atas pesakit dan warga emas di Seberang Takir, hari ini.
Bagaimanapun katanya, Stesen Bukit Besar tidak dapat direalisasikan kerana merentasi banyak kawasan pembangunan selain radius dan sudut laluan terlalu tajam yang tidak sesuai dengan kelajuan kereta api.
Menurut Ahmad Razif, perubahan dilakukan kerana beberapa faktor seperti lokasi tidak sesuai dan keselamatan yang mana pemilihan lokasi baru berdasarkan konsep pelancongan dan warisan.
Sebelum ini, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ketika pembentangan Bajet 2017 mengumumkan kerajaan akan membina landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Terengganu seterusnya ke Tumpat, Kelantan membabitkan perbelanjaan keseluruhan RM55 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022. - teganukite.net
Related Posts:
Bas Amphicoach Bakal Dipamerkan Kepada Orang Ramai Ahmad Razif melepaskan anak benih udang. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Bas amphicoach bakal pertontonkan kepada orang ramai sepanjang Ekspo Terengganu 2018, bermula 25 Februari hingga 3 Mac di Kompleks Sukan Ne… Read More
Lebih 1,000 Hadir Program Penerangan Isu Semasa Lokman ketika memberikan penerangan isu-isu semasa di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Seramai lebih 1,000 kakitangan awam negeri Terengganu dan pusat hadir dalam program pen… Read More
UMNO Kuala Nerus Bakal Bina Bangunan Baharu Bangunan UMNO Kuala Nerus yang dijangka siap Februari tahun hadapan. Bangunan UMNO Kuala Nerus baharu yang bakal dibina di Gong Badak dijangka akan siap menjelang Februari tahun hadapan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad R… Read More
UKOM Anjur Pelbagai Program Penerangan Menjelang PRU14 Antara yang hadir ke Program Penerangan Isu Semasa anjuran UKOM di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) menjalankan pelbagai aktiviti dan program m… Read More
Dikir TTB Jelajah Negeri Sampai Mesej Untuk Rakyat Rozi bergambar bersama kumpulan Persembahan Dikir 'Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Tranung Negeriku Tranung Molek Doh' di Kg Cheting Persembahan Dikir 'Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Tranung Negeriku Tran… Read More