Wednesday, 1 August 2018

Mohd Nor melepaskan kiub abu ke laut.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur melupuskan sebanyak 400 kiub abu al-Quran di perairan Pulau Kapas, Marang, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkat, kiub seberat empat tan itu adalah hasil pembakaran 10,000 mushaf.

"Ini adalah kali ke lapan kita melupuskan abu al-Quran sejak 2012 dan inovasi abu dalam bentuk kiub bermula tahun 2016. Ini menyelesaikan masalah abu bertebangan semasa proses pelupusan selain lebih selamat untuk alam sekitar," katanya.

Sebanyak 400 kiub abu dengan anggaran 10 kg setiap kiub.

Mohd Nor turut menyeru orang ramai yang ingin melupuskan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat suci al-Quran untuk menyalurkan bahan tersebut di masjid kawasan masing-masing.

"Masjid pula boleh menyalurkan bahan di pejabat agama daerah. Setakat ini, JHEAT tidak mengenakan sebarang bayaran untuk melakukan pelupusan atas tanggungjawab kita terhadap agama," katanya.

Program itu turut dihadiri Penolong Pegawai Penguatkuasa, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri, Suhana Sahidin dan Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Mohd Nizam Abdul Latif.

Abu dalam bentuk kiub lebih praktikal untuk dilupuskan.

Related Posts:

  • PRU14 : Pembangkang Terdesak Tabur Fitnah Oleh :Ezzuan AhmadPembangkang sekali lagi dilihat terdesak apabila meraih simpati pengundi dengan membuat serangan peribadi terhadap calon kerusi N28, Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman.Dalam fitnahnya yang terbaru menyatak… Read More
  • PRU14 : Sokong Ayoh Ku Kekal Terajui Kuala Berang - Pengundi Sebahagian beliawanis yang sempat merakamkan foto bersama Tengku Putera ketika Program Turun Padang hari ini.Foto oleh Tengku Syamim Dengan menyifatkan pilihan terbaik, penduduk N23  menyatakan sokongan jitu kepada an… Read More
  • PRU14 : Beri Mandat BN Terus Terajui Terengganu Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon-calon BN Hulu Terengganu pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.… Read More
  • Inisiatif UTC Terbaik Di Dunia Mohd Najib menyerahkan Mykid dan sijil kelahiran kepada pengunjung yang mendapatkan perkhidmatan UTC sempena perasmian UTC  di Paya Bunga Square. Foto oleh Harish fadzillah Abu Kassim Tiada mana-mana negara d… Read More
  • PRU14 : Pembangunan Bukan Dari Tangan Pembangkang Oleh : Ezzuan AhmadPembangunan fizikal dan program kebajikan rakyat yang dikecapi oleh penduduk di Paka pada masa kini dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya hasil usaha pembangkang.Calon bagi kerusi … Read More

Demi Masa

SABTU, 5 April 2018
7:52 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74871
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan