Monday, 5 March 2018


Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  yakin dan positif  kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk terus mengekalkan  kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Katanya, keyakinan itu bersandarkan kepada satistik yang telah diperlihatkan menerusi beberapa kaji selidik yang dijalankan oleh semua termasuk jentera parti.

"Malah kami amat yakin dengan kesiapsiagaan jentera dari akar umbi peringkat DUN, Parlimen dan juga Negeri.


"Keyakinan ini bertambah apabila melihat komitmen yang  luar biasa telah saya perhatikan bukan sahaja semangat kepimpinan sepasukanyang dibawa YAB Menteri Besar Terengganu, namun saya lihat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan  jalinan  rangkaian kerjasama yang cukup erat  dan ini amat penting kerana rakyat harus didahulukan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri Besar, Dato’ seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong  dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi wan Ismail 

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, kerajaan negeri mengutamakan kepentingan rakyat dan terbukti menerusi penganjuran ekspo berkenaan yang memaparkan 144 inisiatif  merangkumi pencapaian Kerajaan Negeri Terengganu, malah juga memperlihatkan pelbagai kejayaan rakyat Terengganu sendiri dalam semua bidang.

Tambahnya, kejayaaan ini akan dapat dilipatgandakan jika BN terus mendapat mandat pada PRU14 ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pemilihan calon BN adalah bersandarkan kepada metodologi dan ujikaji terutama mengutamakan kriteria peribadi individu yang disenangi pengundi, daya kemenangan calon, selain daya masa depan yang mampu menjaga kepentingan pengundi yang diwakilinya serta mampu mewujudkan rasa kekitaan di kalangan wakil rakyat yang ada akan diketengahkan di peringkat negeri juga Pusat.

 - teganukita.net

Related Posts:

  • PRU14: Proses Buang Undi Bukit Payung Harmoni Proses pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung sehingga tengahari tadi, berjalan dengan lancar dan harmoni. Sejak jam 8 pagi, pengundi berdaftar mula memenuhi pusat pengundian untuk menunaikan tanggung… Read More
  • PRU14 : Dato' Ku Selesai Buang Undi Calon Barisan Nasional (BN) N23 Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan isterinya, To' Puan Halijah Ali tiba di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang , kira-kira pukul 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab membu… Read More
  • PRU14 : Dato' Mat Beratur Dua Jam Bersama Pengundi Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Dato’ Mohamed Awang Tera tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, Kemaman untuk membuang undi kira-kira jam 10.27 pagi tadi.Mohamed kemudiannya sempat bertanya khabar … Read More
  • PRU14 : Pasangan Suami Isteri Angin Ahmar Turut Mengundi Meskipun menghidap penyakit angin ahmar tidak menghalang sepasang suami isteri untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.Pasangan suami isteri berkenaan, Isa Ibrahim, 63, dan isterinya … Read More
  • PRU14: Kak Ton Santuni Pengundi Uzur Kak Ton mengunjungi saniah sambil bertanya khabar wanita itu, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, To' Puan Zaitun Mat Amin sempat menziarahi seorang pendudu… Read More

Demi Masa

AHAD, 16 Mac 2018
9:35 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74666
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan