Thursday, 8 February 2018
-
February 08, 2018
-
ketuapkp
-
PENDIDIKAN
Seramai kira-kira 200 koperator, pelajar dan kakitangan University College Bestari (UCB) mengikuti program Lestari Modal Insan Koperasi (LMIK) yang diadakan di Dewan Teater, UCB, Putera Jaya, Setiu, kelmarin.
Pengarah Kanan MKM, Najmah Nawawi berkata, program LMIK bertemakan 'Kerjasama Asas Amalan Koperasi' itu adalah anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM).
"Tujuanya diadakan program ini adalah untuk mendekatkan MKM dengan koperasi setempat, selain supaya rakyat Malaysia tahu tujuan berkoperasi dan rata-rata koperasi berjaya membantu ekonomi anggotanya," katanya.
Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Dato' Che Mohamad Zulkifli Jusoh.
Rahmah berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 13,900 koperasi di negara ini.
"Saya juga mengharapkan anggota koperasi dapat terus membantu ekonomi koperasi masing-masing dalam usaha menjayakan koperasi mereka," katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli dalam ucapan perasmiannya berkata, untuk lebih memudahkan beliau menyarankan supaya anggota koperasi membuat potongan gaji.
Zulkifli merangkap Pengerusi Persaingan Malaysia itu juga mengharapkan melalui program itu, peserta dapat mengetahui lebih lanjut tentang peranan yang dimainkan oleh SKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri dan secara tidak langsung ianya untuk manfaat gerakan koperasi dan peranan penguna.
Hadir sama pada program itu ialah Naib Canselor UCB, Ab Aziz Yusof, Timbalan Pengarah KPDNKK Terengganu, Md. Nawawi Ab. Rahman, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Arif Asyraf Mohamed Khatim dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Terengganu, Alias Mustaffa. - teganukite.net
Related Posts:
STPM 2016 Buktikan Anak Terengganu Cemerlang- A. Latiff Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu menerima a… Read More
PSKT Sasar Terima 200 Ribu Pengunjung Tahun Ini Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) menyasarkan lebih 200,000 masyarakat, terutama pelajar dan golongan belia mengunjungi pusat sains terbesar di Malaysia itu sepanjang tahun ini berbandin… Read More
Dua Pelajar UniSZA Wakili Malaysia Dua pelajar Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mewakili Malaysia bagi merebut piala Louis M. Brown dalam Pertandingan Konsultansi Kliendi di U… Read More
Pra Universiti Beri Peluang Kedua Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini dinasihatkan agar tidak memandang rendah kepada tawaran melanjutkan pelajaran di pra universiti.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pra univ… Read More
Pameran Petrosains DinoTrek 2 Dilanjutkan Sehingga 30 Mac Pameran Petrosains DinoTrek 2 di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Kampung Laut, Kuala Terengganu, dilanjutkan sehingga 30 Mac depan bagi memberi peluang kepada orang ramai terus menyaksikan pelbagai replika… Read More