Tuesday, 20 February 2018

Samiun

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bakal menjalankan operasi menangkap haiwan berkeliaran dari semasa ke semasa.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, operasi tersebut dijalankan kerana makin banyak haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing berkeliaran di jalan raya serta kawasan awam tanpa pengawasan.

"Di bawah perkara 6 UUK (haiwan merayau) MBKT 1989, pihak majlis boleh mensita atau menembak mana-mana haiwan yang didapati merayau atau berkeliaran dalam kawasan majlis.

"Operasi menangkap haiwan yang berkeliaran tersebut akan dijalanlan semasa ke semasa. Kompaun akan dikenakan sebanyak RM250 terhadap pemilik ternakan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MBKT.

Dalam kenyataan tersebut juga, Samiun berkata haiwan ternakan tersebut akan disimpan di depoh tahanan MBKT, Chendering dan hendaklah dituntut dalam masa tujuh hari dari tarikh tangkapan.

Tambahnya, jika haiwan yang ditangkap atau disita tersebut tidak dituntut melebihi seminggu dari tarikh tangkapan, haiwan tersebut akan dilelong dan lelongan akan dibuka kepada sesiapa yang berminat.

Jumlah kadar tebus adalah RM30 seekor dan caj tambahan adalah RM10 seekor bagi setiap hari selepas itu. - teganukite.net

Related Posts:

  • Pasangan Bisu Gembira Terima Rumah Percuma Hasrat pasangan suami isteri bisu untuk mendapat rumah kediaman sendiri menjadi kenyataan apabila menerima rumah percuma sumbangan Pejabat Ahli Parlimen Besut, kelmarin. Pasangan terbabit, Rafizah Ahmad,43 dengan isteri… Read More
  • Ketua Jabatan Perlu Bijak Berdepan Dengan Media Wan Nawawi bersama pengamal media pada Program Bicara Media Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom)  di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismai… Read More
  • MB Tinjau Pasarnita Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengadakan lawatan kerja ke Pasarnita Tanjung Kuala Terengganu, hari ini.Lawatan kerja itu bertujuan meninjau pembangunan semasa di kawasan tersebut, selain mengenal pasti is… Read More
  • Taman Ilmu, Besut Dijangka Beroperasi Oktober Ini Ahmad Razif  (empat dari kanan) bergambar bersama sebahagian pegawai kanan kerajaan selepas selesai serah tugas dan angkat sumpah dan serah tugas di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli C.W… Read More
  • SKMM Bantu Kenalpasti Menara Haram Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedia berbincang dengan kerajaan negeri Perak mengenai isu pembinaan 3,000 menara telekomunikasi haram seperti yang didakwa dalam masa terdekat.  Timbalan Men… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:29 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan