Saturday, 23 December 2017

Para penerima sumbangan sempena Program Back To School TNB 2017 di SMK Tun Indera, Kampung Pelandan bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Kerajaan  Pusat diharap dapat mempercepatkan pembinaan  laluan Pakej 8 Aring-Kuala Berang bagi meningkatkan sektor pelancongan dan sosio ekonomi di Hulu Terengganu sekali gus mengatasi jalan terputus setiapkali  banjir di kawasan Telemong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata,
jalan itu sangat penting bagi masyarakat setempat khususnya pada musim tengkujuh kerana dapat digunakan ketika banjir malah memendekkan masa perjalanan malah laluan tersebut bakal menjadi nadi perhubungan kepada mereka.

Jelasnya lagi, pakej itu juga akan memberikan lebih keselesaan kepada pelancong yang berkunjung ke Tasik Kenyir atau ke Cameron Highlands.

"Ini termasuk kemudahan untuk ke kampus tetap Politeknik Hulu Terengganu (PHT) yang kini rancak dibina di Kampung Kuala Jeneris(laluan utama ke Tasik Kenyir), sudah pasti laluan Pakej 8 ini banyak manfaatnya.

"Saya ada dimaklumkan pada 21 November lalu, ada satu lawatan daripada pihak kementerian yang berkaitan untuk memantau dan melihat semula dari segi pembangunan Lebuhraya Pantai Timur(LPT) Pakej 8 Aring-Kuala Berang.

"Kita semua tahu yang Dun Telemong antara kawasan yang teruk dilanda banjir apabila musim tengkujuh sehingga terputus hubungan kerana semua laluan utama terpaksa ditutup dan saya berharap situasi ini berakhir apabila siapnya laluan pakej lapan itu nanti.

"Kita faham ia sudah di bawah bajet Kerajaan Persekutuan dan pembinaan laluan tersebut melibatkan beberapa pakej. Bagaimanapun atas sebab-sebab dinyatakan tadi(atasi masalah terputus hubungan ketika banjir), diharapkan pakej lapan ini dapat diberikan keutamaan walaupun pakej tujuh belum dibina,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penyampaian barangan kelengkapan sekolah kepada 200 pelajar sempena Program Back To School Tenaga Nasional Berhad(TNB) 2017di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Indera,Kampung Pelandan,Telemong, Hulu Terengganu, hari ini.

Hadir sama pada program tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaludin Ismail serta Pemangku Pengurus Besar(Stesen-stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir), Bahagian Penjanaan TNB, Azani Mohd Yusof.

Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri menasihatkan masyarakat setempat terutamanya kampung yang berdekatan Tasik Kenyir turut merebut peluang sebaik mungkin di sebalik pewartaannya sebagai kawasan bebas cukai.

Katanya lagi, pembangunan yang bakal dilaksanakan akan meningkatkan kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir.

Selain itu, menurut Rozi lagi pembinaan kampus tetap PHT juga dijangka mengubah  pembangunan setempat terutama melibatkan sosio ekonomi penduduk. - teganukite.net


0 comments :

Post a Comment

Demi Masa

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan