A. Latiff meluangkan masa bersama kanak-kanak yang berada di pusat pemindahan banjir di SK Bukit Gasing, Marang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
Banjir yang berlaku di Marang berpunca daripada fenomena air pasang serta penambakan tanah di tanah persendirian oleh penduduk setempat di kawasan laluan keluar air ke laut serta parit besar.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang berkata, banjir gelombang kedua pada kali ini menyebabkan seramai 527 mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payung, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gasing, SK Marang dan SK Pasir Putih.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, pihaknya telah mengenal pasti punca banjir di kawasan tersebut yang memerlukan penduduk berpindah segera.
“Air laut pasang membuatkan air sungai-sungai tidak dapat keluar dengan cepat membuatkan ianya bertakung dan bertahan sekali gus mengakibatkan cepat naik mengakibatkan banjir di kawasan pantai.
“Di samping itu kita juga kenal pasti punca air bertakung ini disebabkan oleh sistem perparitan yang hari ini dilihat makin kritikal. Parit yang kita bina itu telah sempurna, tapi disebabkan oleh penambakan ditanah-tanah persendirian yang juga merupakan laluan air untuk keluar ke parit besar dan ke laut,” katanya.
Beliau ditemui pemberita dalam lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang, hari ini.
Seramai 270 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan tersebut sehingga tengah hari tadi.
Dalam pada itu, A. Latiff berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat mengenakan syarat tambahan untuk sebarang kerja penambakan tanah bagi pemilik tanah persendirian.
“Pihak PBT boleh buat syarat ketinggian dan sebagainya selain Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu memain peranan supaya penambakan oleh individu persendirian ini tidak melibatkan simpanan JPS.
“Kadang-kadang mereka ini tambak tanah sehingga ke kawasan JPS dan ini membuatkan air tersekat. Kita harap jabatan-jabatan terlibat membuat pemantauan secara serius sebelum berlakunya banjir,” katanya.
A. Latiff juga berharap agar dapat memupuk kesedaran di kalangan masyarakat itu sendiri supaya mempunyai rasa tanggungjawab agar fenomena sebegini tidak berlaku dan menjaga keaslian ataupun perjalanan air apabila berlakunya banjir. - teganukite.net
|
Monday, 4 December 2017
Related Posts:
Sidang DUN : Pendapatan Negeri Daripada Bayaran Royalti TNB Akan Terus Meningkat Kerajaan negeri menjangkakan pendapatan daripada bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Hulu Terengganu, akan terus meningkat pada masa depan. Pengerusi Jawata… Read More
1,100 Jemaah Program Haji YAB PM Selamat Tiba Di Mekah Seramai 1,100 jemaah Program Khas Haji Perdana Menteri selamat tiba di Mekah bagi mengerjakan ibadat haji menerusi empat penerbangan.Ramai jemaah haji yang menyertai program ini melahirkan rasa syukur dan bertu… Read More
Sidang DUN: KTS Dijangka Beroperasi Januari 2018 Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) milik syarikat berkepentingan kerajaan negeri, TDM Berhad di Batu Burok, Kuala Terengganu dijangka akan mula beroperasi pada Januari 2018. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembang… Read More
Sidang DUN: Kerajaan Negeri Lulus Permohonan UniSZA Guna Blok Bangunan Di Taman Ilmu Kerajaan negeri meluluskan permohonan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menggunakan dua blok bangunan asrama di Taman Ilmu di Tembila, Besut dengan kemasukan kumpulan pelajar pertama adalah pada 5 September i… Read More
SME Corp, Patut Cantum 4,809 Penutup Botol Jadi Logo Negaraku Muhammad (depan paling kiri) bersama Dr Hafsah (empat dari kanan) bergambar di depan logo Negaraku. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) berjaya menghasilkan logo Negaraku daripada c… Read More