Thursday, 6 July 2017


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan memberi tumpuan yang lebih terhadap mata pelajaran Sains, Matematik dan juga Bahasa Inggeris bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini dalam memastikan Terengganu terus mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam.

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, dalam menjayakan transformasi pendidikan ini, semua memainkan peranan masing-masing termasuk di peringkat jabatan, sekolah dan juga komuniti.

“Bagi mengekalkan kecemerlangan, pada tahun ini kita sangat fokus kepada tiga mata pelajaran iaitu Sains, Matematik dan juga Bahasa Inggeris.

“Pelbagai aktiviti dibuat termasuk pengetua dan guru besar dikehendaki membuat gerakan untuk meningkatkan penguasaan dalam tiga matapelajaran ini terutamanya mendedahkan pelajar terhadap kemahiran berfikir aras tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Bertemu Pelanggan dan Majlis Sambutan Hari Raya JPNT yang turut dimeriahkan dengan kedatangan Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dataran Anjung Ilmu JPNT, hari ini.

Safruddin berkata, JPNT turut menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti sekolah supaya ibu bapa dan juga masyarakat turut serta dalam kecemerlangan pendidikan Terengganu.

Selain itu katanya, peranan kerajaan negeri juga cukup besar dengan memberi bantuan kepada JPNT sebanyak RM4 juta untuk memperkukuhkan dan memperkasakan aktiviti-aktiviti pendidikan tahun ini.

“Dengan dorongan kerajaan negeri dan rakan strategik yang lain, JPNT mengharapkan Terengganu berjaya mengekalkan kecemerlangan seperti dalam peperiksaan UPSR dan peperiksaan-peperiksaan lain yang pernah kita capai sebelum ini,” ujarnya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Masyarakat Cina Diminta Terus Menyokong Kerajaan BN A Latif  bersama beberapa tetamu lain mengaul yee sang pada Majlis Ramah Mesra "Gong Xi Fa Cai", malam tadi Masyarakat Cina di Marang  diminta tidak berpecah belah dan terus memberi sokongan kepada kerajaan Ba… Read More
  • Jadikan Kejayaan Azizulhasni Contoh Terbaik Kejayaan pelumba trek kebangsaan yang berasal dari Dungun, Azizulhasni Awang diharap menjadi pendorong kepada atlet berbasikal terutamanya pelumba Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kejaya… Read More
  • Terengganu Tubuh Bandar Koperasi Ogos Ini Kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu akan membangunkan sebuah bandar baharu berkonsepkan koperasi yang dikenali Bandar Koperasi di tengah bandaraya Kuala Terengganu menjelang Ogo… Read More
  • Terengganu Komited Lahirkan Golongan Saintis Islam A. Latiff bermesra dengan sebahagian pelajar terpilih dalam Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017, di UMT, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Terengganu akan terus komited untuk melahirkan gol… Read More
  • Tiga Stesen Minyak Bakal Dibuka Di LPT 2 Kerajaan negeri meluluskan tanah kepada sebuah syarikat petrolium baģi membolehkan tiga stesen minyak dibuka di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) dalam tempoh terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Infrasuktur, Kemudahan Awa… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 14 Mac 2018
9:41 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74647
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan