Thursday, 6 July 2017


Penduduk Terengganu  mengalu-alukan langkah kerajaan negeri mengagihkan lot tanah kediaman kepada rakyat  dengan mengiklankannya mulai bulan depan.

Langkah yang bertujuan membantu rakyat memiliki aset, selain meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat terutama yang kurang berkemampuan sewajarnya dipuji.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar, berkata beliau menyambut baik langkah itu yang bakal turut memberi peluang khususnya kepada golongan muda yang tiada tapak untuk membina kediaman sendiri.

“Saya mencadangkan supaya 30 peratus daripada kuota tersebut diberikan kepada golongan muda yang telah berkeluarga serta tidak mempunyai rumah dan tanah.

“Ia sekali gus dapat membantu golongan ini merelisasikan impian untuk membangunkan rumah sendiri tanpa terbeban dengan kos yang tinggi dan kesukaran mencari tapak,”katanya.

Penjawat Awam, Razif Ali berkata dia berharap pihak berkaitan membuat tapisan ketat berkaitan  pemberian tanah itu.

“Tawarkan  kepada mereka yang benar-benar berhak mengikut syarat yang ditetapkan bagi memastikan matlamat sebenar tercapai,”katanya.

Penduduk dari Padang Hiliran, Kuala Terengganu Puad Daud berkata,  dia percaya apa yang dilakukan Kerajaan Terengganu mendapat sokongan pelbagai pihak terutama penduduk yang berpendapatan rendah.

“Cukup sukar untuk memiliki tanah sendiri apatah lagi pada zaman sekarang, nilai tanah cukup tinggi,”katanya.

Dalam laporan Teganukita.net sebelum ini, Kerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 5,900 lot tanah di seluruh Terengganu untuk ditawarkan kepada rakyat bagi membina rumah sebagai usaha menangani masalah perumahan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengiklanan tanah-tanah kosong kediaman kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan dan tidak memiliki tanah sebelum ini, akan dibuat selewat-lewatnya Ogos ini.

“Kita sudah mengenal pasti 5,900 lot tanah di seluruh negeri yang akan diiklankan dalam masa terdekat untuk dipohon oleh mereka yang layak.

“Awal bulan depan kita akan iklankan di seluruh pejabat tanah dan pusat khidmat DUN serta melalui media,” ujarnya.

Related Posts:

  • Ahmad Razif Seru NGO Berjihad Ahmad Razif ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Terengganu Bersama NGO Perantau Lembah Klang di Kuala Lumpur, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razi… Read More
  • Sekolah Menengah Baru Untuk Penduduk Kampung Serada Penduduk Kampung Serada, di Parlimen Marang boleh menarik nafas lega apabila impian mereka sejak 10 tahun lalu untuk mendapatkan sebuah sekolah menengah di kampung itu menjadi kenyataan, hari ini.Menteri Pendidikan, Dato’ … Read More
  • ‘Lihat Video’ Ciri Baharu Akhbar Suara Transformasi Slogan “Cara Lama Dimensi Baharu” cetusan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman agar menerapkan transformasi dan inovasi dalam setiap perkara kini dipraktikkan pula dalam penerbitan akhbar Suara Transformasi… Read More
  • Kerajaan BN Terus Martabat Bidang Pendidikan- Mahadzir Mahadzir ketika melancarkan Majlis Pecah Tanah Pejabat Pelajaran Daerah Marang di Marang, Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini meneruskan agenda pembangunan pend… Read More
  • Felcra Belanja Untuk Sekolah RM1.12 Juta Anak-anak peserta Felcra bergambar bersama -sama Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Timur, Zulkifli Sidik selepas majlis penyerahan barangan persekolahan hari ini Felcra Berhad (Felcra)melalui Program Tanggungjawab So… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 14 Mac 2018
10:00 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74647
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan