Sunday, 11 June 2017

Ahmad Razif cuba menyepak bola ketika melancarkan program Cabaran Futsal Sahur Tertutup Seberang Takir 2017 yang bermula semalam di gelanggang futsal Arena Sport Centre, Gong Badak, tengah malam tadi. Foto oleh Zulkipli CW Putra

Sebanyak 66 pasukan berentap bagi merebut hadiah keseluruhan lebih RM4,000 sempena Cabaran Futsal Sahur Tertutup Seberang Takir 2017 di gelanggang futsal Arena Sport Centre, Gong Badak, bermula semalam.

Kejohanan  tahunan berlangsung dua hari yang turut menawarkan hadiah cabutan bertuah anjuran Pemuda UMNO Seberang Takir.

Pengerusi penyelarasnya, Nik Farizal Nik Jaafar berkata, sambutan penganjuran pada edisi ini sangat baik apabila melebihi sasaran awal 48 pasukan sejak dianjurkan bermula 2014.


"Kali ini juga kita buat sedikit kelainan apabila membuka penyertaan secara terbuka berbanding dua  pasukan setiap cawangan sebelum ini menyebabkan bertambah sebanyak 16 pasukan dengan penglibatan keseluruhan lebih 600 peserta.

“Kejohanan ini juga disertai tiga pasukan jemputan iaitu Pasukan  Gerakan Am (PGA), Gong Badak  yang menghantar  lima pasukan, dua pasukan daripada  Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) dan Balai Polis Gong Badak (1 pasukan).


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Cabaran Futsal Sahur Tertutup Seberang Takir 2017 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Dalam pada itu, Ahmad Razif yang juga ADUN  Seberang Takir menyambut baik usaha yang dilakukan itu dan menyifatkan ia merupakan satu transformasi orang muda (TOM) yang juga aktiviti bermanfaat sepanjang Ramadan.

Menurutnya, aktiviti sukan sebegini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada berlakunya kes-kes merempit, lumba haram dan sebagainya.


“Kerajaan sedia membantu dalam menjayakan program sebegini  dan mereka boleh menggunakan kemudahan disediakan bagi dilaksanakan pada skala lebih besar.

“Saya lihat sekiranya program-program sukan sebegini dapat terus diperkasakan, InsyaAllah tidak ada lagi  gejala-gejala sosial melibatkan golongan muda di negeri ini  berlaku pada masa akan datang,” katanya. - teganukite.net

Related Posts:

  • Ukom, Kawat Wakil Media Kejohanan Futsal EPIC Ukom (jersi putih) akan turut berentap dalam Kejohanan Futsal Jemputan Piala EPIC di Sports Planet Gong Badak, esok. Dua pasukan di kalangan pengamal media bakal bersaing dengan 22 pasukan lain dalam Kejohanan Futsal Jem… Read More
  • Malaysia Kalah Tipis Di Tangan Bahrain Pemain Malaysia berhempas pulas sebelum kalah tipis 6-5 di tangan Bahrain. Foto oleh Harish Fadzillah Malaysia sekali lagi tewas dalam pusingan kumpulan pada  Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC menentang Bahrain … Read More
  • Terengganu Mara, T-Team Tewas Tandukan Lutfulla Turaev yang melayakkan Terengganu ke pusingan suku akhir Piala FA. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Terengganu FA mengesahkan tiket ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya menundukkan T-Team 1-0 … Read More
  • Ukom Juara Kejohanan Futsal Epic Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) muncul sebagai juara Kejohanan Futsal Jemputan EPIC 2017 yang berlangsung di Sports Planet Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Dalam kejohanan julung kali anjuran anak syarikat keraja… Read More
  • Malaysia Tundukkan China 2-1 Zaharim meraikan jaringan pembukaan olehnya seawal minit ke-2. Malaysia tewaskan China 2-1 dalam perlawanannya yang terakhir bagi peringkat kumpulan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC yang berlangsung di Pantai Batu Buruk,… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
2:29 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74677
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan