Monday, 9 January 2017

Wan Junaidi menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di SK Durian Mentangau, Dungun, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar meluluskan peruntukan segera sebanyak  RM1.9 juta bagi menaik taraf sistem perparitan di sekitar daerah Dungun. 

Menterinya, Dato’ Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata peruntukan tersebut merangkumi kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di tiga kawasan yang biasa dinaiki air iaitu Kampung Durian Mentangau, Kampung Tanjung Hutan dan Kampung Binjai.

“Berdasarkan jumlah itu, Kampung Durian Mentangau menerima peruntukan sebanyak RM200,000,  Tanjung Hutan (RM1.2 juta) manakala Kampung Binjai sebanyak RM500,000.

“Tiga kawasan ini sudah diluluskan peruntukannya untuk dinaiktaraf sistem perparitannya dan ianya akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Dato Ir Zulkefli Hassan, Pegawai Daerah Dungun, Dato’ Mohd Yasim Awang dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam.

Banjir di Dungun telah menjejaskan 29 kampung dengan melibatkan 1,098 mangsa manakala Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau mencatatkan pusat pemindahan paling lama dibuka sejak banjir berlaku iaitu selama lapan hari. - teganukite.net

Related Posts:

  • MBKT Segera Baik Pulih Laluan Jalan Kaki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) segera melaksanakan kerja membaik pulih laluan pejalan kaki yang runtuh akibat ribut pada Ahad lalu.Kerja-kerja baikpulih dijalankan sebelah malam bagi memastikan tidak menganggu ur… Read More
  • Lif HSNZ Akan Diganti Baharu Lif HSNZ akan diganti baharu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Masalah kerosakan lif di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak lebih 15 tahun lalu sehingga menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, dijangka … Read More
  • Kos Baiki Laluan Pejalan Kaki Ditanggung Kontraktor Pegawai dan kakitangan yang menerima anugerah di Majlis Jamuan Tahunan dan Apresiasi PMINT 2017 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bergambar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Wan Nawawi Wan Isma… Read More
  • Penjawat Awam Perlu Laksana Hasrat Kerajaan- Wan Nawawi Setiausaha Kerajaan Negeri menyerahkan dokumen pemotongan gaji kepada Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim untuk Tabung Darul Iman di Majlis Perhimpunan Bulanan di  Wisma Darul Iman Kuala… Read More
  • Satu Lif HSNZ Siap Diganti Baharu Lif nombor 5 di HSNZ siap dinaik taraf sepenuhnya. Kerja menggantikan satu lif Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi fasa pertama siap sepenuhnya hari ini.Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu, Ir… Read More

Demi Masa

SELASA, 18 Mac 2018
5:52 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74703
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan