Wednesday, 21 December 2016

Roslee Daud bersama penghuni di Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Marang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan golongan warga emas, pelbagai aktiviti dijalankan sempena Hari Warga Emas Peringkat Negeri Terengganu 2016 yang diadakan di Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Marang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud berkata jasa dan budi mereka memang tidak dapat disamakan dengan nilai dengan wang ringgit.

Katanya, program yang diadakan sempena hari warga emas itu sekurang-kurangnya dapat menghargai segala pengorbanan mereka selama ini.

“Disamping itu, program yang diadakan ini juga diharapkan dapat membentuk dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap warga emas terutamanya hak, peluang dan akses yang sama supaya mereka tidak merasa tersisih selain turut menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.


Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Terengganu 2016 di Marang, hari ini.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Rusmi Mahmood, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Saharuddin Mohd Kia dan Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas Marang, Nordin Abu Hassan.

Dalam pada itu, Roslee berkata dengan kewujudan Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada warga emas untuk menjalani pelbagai aktiviti.

“Di Terengganu, terdapat lima buah Pawe dengan keahlian seramai 1,044 orang peserta dengan peruntukan sebanyak RM166,650 sepanjang tahun 2016.

“Selain memberi peluang kepada warga emas menjalani aktiviti di Pawe, ianya juga adalah bagi memperkasakan mereka di bawah Economic Empowerment Program (EEP) bagi memberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi,” katanya.

Mamat Abdullah

Pada majlis yang sama,  Mamat Abdullah, 115, telah dianugerahkan sebagai Warga Emas Tertua (Lelaki) manakala Nik Abas, 116, pula menerima anugerah bagi kategori perempuan.

Bagi Anugerah Pawe terbaik pula, Pawe Marang yang telah memulakan operasinya sejak 2001 memenangi anugerah berkenaan. - teganukite.net

Related Posts:

  • Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Ditutup Sementara Laluan pejalan kaki berbumbung di Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu ditutup serta merta kepada pengguna bagi membolehkan siasatan dilakukan oleh beberapa pihak termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Lemba… Read More
  • Rumah Hadiah Tahun Baru Sambutan tahun baru 2018 bagi sepuluh keluarga miskin dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, membawa berita menggembirakan apabila mereka bakal menetap di rumah baru di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)… Read More
  • Penjawat Awam Perlu Laksana Hasrat Kerajaan- Wan Nawawi Setiausaha Kerajaan Negeri menyerahkan dokumen pemotongan gaji kepada Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim untuk Tabung Darul Iman di Majlis Perhimpunan Bulanan di  Wisma Darul Iman Kuala… Read More
  • Pesakit Jantung Ceria Masuk Tahun Satu Ahmad Razif berbual mesra dengan Muhammad Amirul. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Masalah jantung yang kritikal dihadapi Muhammad Amirul Mukmin Nasrulhaq Zamri, tidak menghalang hasrat kanak-kanak itu memasuki Tahun… Read More
  • Ibu Bapa Bukan Melayu Disaran Hantar Anak Ke Tabika Perpaduan Ibu bapa bukan Melayu diminta menghantar anak mereka belajar di Kelas Tabika Perpaduan kelolaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi menggalakkan semangat perpaduan kaum di kalangan rakyat negeri i… Read More

Demi Masa

ISNIN, 17 Mac 2018
1:12 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

74675
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan