Wednesday, 1 August 2018

suspek dari Kampung Banggol Tuan Muda  ditahan di pejabat Suruhanjaya Pence­gahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Terengganu

Seorang kontraktor Jabatan Syarikat Air Terengganu (Satu) direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan palsu berjumlah RM11,060, pada Disember tahun lalu.

Suspek yang berusia 50 tahun, disyaki mengemukakan tuntutan palsu tersebut kepada Satu bagi satu projek pengubahsuaian bumbung garaj Depoh Agihan Satu di Gong Badak, Kuala Nerus yang sebenarnya tidak disiapkan.

Semalam, suspek dari Kampung Banggol Tuan Muda  ditahan di pejabat Suruhanjaya Pence­gahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Terengganu ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 5.30 petang.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. - teganukita.net

Related Posts:

  • Mariam  mengoreng pisang menggunakan dapur kayu Tidak hanya dikenali kerana keenakan dan kerangupan pisang gorengnya, kaedah memasak menggunakan dapur kayu turut menambah tarikan pelanggan.Malah, aroma pisang goreng m… Read More
  • Peluang Anak Terengganu Tonjol Bakat, Keterampilan Diri Pada 18 November Ini Tun Ahmad Faisal Rakyat terengganu yang mahu mencuba nasib bagi menonjolkan bakat dan keterampilan diri untuk  mewakili Terengganu boleh menyertai Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku yang akan berlangsung di Per… Read More
  • 200 Warga Emas Dapat Gigi Palsu Percuma Seramai 200 warga emas terpilih menerima gigi palsu percuma yang melibatkan peruntukan RM21,000 menerusi Projek `Touch Point' anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Pengarahnya, Dr Mohammad Omar berkata, semua … Read More
  • 1,400 Peserta Meriahkan Kayuhan Hari Komuniti Bandar Hijau Lebih 1,400 peserta memeriahkan program berbasikal sempena Hari Komuniti Bandar Hijau Majlis Daerah Besut (MDB), hari ini. Program bermula di Dataran Kota Putera Square, turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)… Read More
  • Program Cakna Komuniti UniSZA Ceriakan Dataran Pertama Ahmad Razif ketika merasmikan  Program Cakna Komuniti UniSZA. Foto oleh Zulkifli C W Putra Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) setia  meneruskan program kemasyarakatannya di mana kali ini menjadikan Datar… Read More

Demi Masa

ISNIN, 30 Jun 2018
11:28 AM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75868
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan