Monday, 2 July 2018

Prof. Dato' Dr. Ahmad Zubaidi (dua kiri) bertukar dokumen dengan Dr. H. Ismail Efendi pada Majis MoA UniSZA-IKH di Bangunan Pentadbiran UniSZA, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menjalinkan kerjasama dengan Institut Kesehatan Helvetia (IKH) Medan, Indonesia bagi memberi peluang kepada kakitangan IKH melanjutkan pengajian di UniSZA bermula September ini.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani dengan IKH, kerjasama julung kali itu akan memfokus kepada bidang kesihatan dan perubatan.

“Perjanjian ini bertujuan memberi peluang pendidikan kepada kakitangan akademik IKH melanjutkan pengajian mereka dengan mendaftar dalam program pascasiswazah yang ditawarkan UniSZA sekaligus meningkatkan jalinan kerjasama kedua-dua universiti dalam aspek penyeliaan pelajar dan penyelidikan.

“IKH juga bersetuju untuk menghantar beberapa staf akademiknya dan UniSZA bersetuju menerima dan mendaftarkan staf akademik IKH dalam bidang Sarjana Sains (Master) dan Doktor Falsafah (PHD) di UniSZA tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian yang telah dicapai,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis MoA Antara UniSZA Dan IKH di Bangunan Pentadbiran UniSZA, hari ini.

UniSZA diwakili oleh beliau manakala IKH diwakili Rektor IKH, Dr. H. Ismail Efendi M.Si.

Hadir sama menyaksikan majlis tersebut ialah Dekan Fakulti Perubatan UniSZA, Prof. Dr. Nordin Simbak dan Koordinator Kopertis Wilayah Sumatera, Prof. Dian Armanto.

Sementara itu, Dr. H. Ismail Efendi berkata, buat permulaan seramai 17 orang kakitangan akademik IKH  akan mengikuti pengajian peringkat PHD  yang ditawarkan UniSZA melalui perjanjian ini. - teganukita.net

Related Posts:

  • Penduduk Bandar Digalak Laksana Pertanian Bandar Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, … Read More
  • PRU14 : Beri Mandat BN Terus Terajui Terengganu Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama calon-calon BN Hulu Terengganu pada Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail.… Read More
  • PRU14 : Persempadanan Semula Kelebihan Untuk BN Oleh : Ezzuan AhmadPersempadan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dilihat memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) memenangi beberapa kerusi pada Pil… Read More
  • 500 Penduduk Besut Berpeluang Miliki Rumah Idris (tiga dari kiri) bersama Pehimi (dua dari kanan) Tengku Zaihan  melihat model Projek Perumahan Rakyat Jertih. Foto oleh Hasmizi Hamid dan Mohamad Ishak Masalah mendapatkan tempat tinggal yang lebih seles… Read More
  • PRU14 : BN Yakin Rampas Semula Tujuh Kerusi  Oleh : Ezzuan Ahmad Barisan Nasional (BN) Terengganu optimis akan dapat merampas kembali tujuh kerusi yang mengalami kekalahan tipis pada Pilihan Raya Umun Ke-13 (PRU13) lalu.Pengerusi Barisan Nasional Negeri Ter… Read More

Demi Masa

AHAD, 22 Jun 2018
1:23 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan