Thursday, 7 June 2018


Program World #QuranHour dilihat dapat memberi galakan dan motivasi kepada masyarakat untuk memartabatkan, menghayati dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, program yang menghimpun penglibatan seramai mungkin umat Islam untuk sama-sama membaca al-Quran serentak di seluruh negara selama satu jam itu diharap boleh diperluaskan untuk semua peringkat.


“Tahniah kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) yang telah menganjurkan program World #QuranHour 2018 peringkat negeri untuk kali ketiga.

“Apa yang kita harapkan matlamat program ini tercapai dan untuk masa akan datang bukan hanya berpusat di Kuala Terengganu sahaja tetapi kita harapkan sampai ke peringkat bawahan secara lebih formal.

“Semoga ianya menjadi program berkala dan berterusan dan dapat memberi galakan dan motivasi kepada masyarakat untuk sama-sama dalam program ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program World #QuranHour Peringkat Negeri anjuran PPAT di Dewan Teater PPAT, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed.


Sementara itu, Marzialina berkata, acara kemuncak program selama satu jam iaitu pada jam 12 hingga 1 tengahari itu turut diadakan di seluruh perpustakaan daerah seluruh negeri Terengganu, jabatan kerajaan, agensi-agensi, masjid-masjid serta semua sekolah dan universiti di negeri ini.

 “Kami anggarkan jumlah penyertaan adalah lebih 300,000 orang berdasarkan respon positif yang diterima dari seluruh agensi yang menyertai program ini.

“Lebih membanggakan tahun lepas kita berjaya mengumpulkan lebih daripada 284,000 peserta dan merupakan yang tertinggi di Malaysia,” katanya.

Katanya, Program World #QuranHour diharap akan dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan dan pihaknya yakin melalui hebahan serta promosi yang telah dibuat jumlah sasaran lebih 300,000 akan tercapai. - teganukita.net

Related Posts:

  • Banjir Punca Tambakan Tanah Di Tanah Persendirian A. Latiff meluangkan masa bersama kanak-kanak yang berada di pusat pemindahan banjir di SK Bukit Gasing, Marang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Banjir yang berlaku di Marang berpunca daripada fenomena air… Read More
  • Bersedia Hadapi Banjir Gelombang Kedua Che Adam menunjukan carta pergerakan hujan. Foto Tg Syamim Tg Ismail  Penduduk di Terengganu diingatkan sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir gelombang kedua yang dijangka berlaku tengah malam esok (7 Disem… Read More
  • Pelajar Islam UniSZA Tidak Terlibat Ajaran Sesat Cubaan memesongkan agama yang menggunakan nama ‘Mother of God’ di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak tidak menyasarkan pelajar Islam. Sebaliknya kumpulan ajaran sesat terdiri daripada tujuh individu… Read More
  • AppsJHEAT Peranti Cegah Maksiat Ghazali (dua kanan) menunjukkan aplikasi AppsJHEAT kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim ketika melancarkan AppsJHEAT Modul e-Maksiat sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cem… Read More
  • Dana Bakti Remaja 2018 Boleh Dimohon Mulai Hari Ini Permohonan Program Dana Bakti Remaja 2018 dibuka selama sebulan mulai 4 Disember 2017 hingga 4 Januari 2018. Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, permohonan… Read More

Demi Masa

ISNIN, 23 Jun 2018
1:21 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75781
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan