Sunday, 29 April 2018


Oleh : Ezzuan Ahmad

Pembangkang dilihat tidak membawa sebarang pembangunan dan hanya pandai menabur janji-janji kosong setiap kali tibanya pilihan raya.

Calon Barisan Nasional (BN) Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman berkata, ianya dapat dilihat di mana tiada pembangunan dilakukan di kawasan yang dimenangi mereka.

Katanya, banyak pembangunan dilakukan oleh BN di kawasan yang dikuasai pembangkang melalui Pejabat Penyelaras DUN yang diwujudkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan nasib rakyat terbela.

"BN tidak memilih bulu untuk membantu dan mendengar denyut nadi rakyat. Tidak seperti pembangkang yang hanya memilih orang yang menyokong mereka sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucap utama Program Pemberian Dana di Dewan Sivik Paka, Dungun, hari ini.

Tengku Hamzah berkata, mengambil contoh seperti di Paka ini meskipun berada di bawah Pas, Kerajaan BN masih melaksaakan pembangunan dan membantu masyarakat yang memerlukan.

"Wakil rakyat sedia ada yang telah diberikan amanah tidak menjalankan amanah yang diberikan oleh pengundi untuk membela nasib mereka, sebaliknya kami (BN) tanpa segan silu turun membantu,"katanya.


Tambahnya, rakyat harus sedar tentang perkara ini dan tidak memberikan sokongan kepada pembangkang untuk membawa pembangunan di kawasan tersebut.

"Hanya BN sahaja yang mampu membawa kepada perubahan kepada rakyat dan ia telah dibuktikan sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara,"katanya.

Ditanya bagaimanakah peluang untuk memenangi kerusi di DUN Paka, beliau memberitahu pengundi sudah mula sedar pembangunan yang dinikmati di Paka adalah dari BN dan yakin perubahan sokogan terhadap BN akan bertambah. - teganukita.net

Related Posts:

  • BN Akan Kuasai DUN, Parlimen Dungun Hishammuddin menyampaikan amanat kepada warga Dungun dengan penuh semangat. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin Barisan Nasional (BN) akan menang di semua… Read More
  • Konvensyen BN Terengganu Bermula Esok Konvensyen Barisan Nasional bakal bermula esok di Hotel Primula. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Barisan Nasional Terengganu bakal mengadakan konvensyen pertamanya sepanjang empat tahun pemerintahan Menteri Besar, Dat… Read More
  • EKSPO TERENGGANU 2018 : Indikator Kemenangan BN Terengganu Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  yakin dan positif  kemampuan Barisan Nasional (BN) untuk terus mengekalkan  kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.Katanya, keyakinan … Read More
  • UMNO Yakin Menang 2/3 Kerusi Pihak pengurusan UKOM dan Dato' Lokman bersama peserta Program Penerangan Isu Semasa di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Pertembungan beberapa penjuru dalam Pilihan Raya Umum akan data… Read More
  • Yakin BN Terengganu Menang Besar- Ahmad Razif Ahmad Razif bersama Wanita UMNO selepas merasmikan penutup Program 2P: Pemantapan dan Pengukuhan Wanita UMNO Negeri Terengganu 2018. Harish Fadzillah Kasim UMNO Terengganu yakin parti Barisan Nasional dapat mengekalkan … Read More

Demi Masa

SABTU, 14 Jun 2018
7:03 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75669
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan