Sunday, 29 April 2018
Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari muncul memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P038 Hulu Terengganu, di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Hulu Terengganu, hari ini.
Kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang sebelum ini penyandang Parlimen Hulu Terengganu itu mengejutkan ramai pihak yang turut teruja untuk bersama-sama menyokong calon BN.
Sebelum ini juga, pelbagai spekulasi tersebar mengenai beliau sejak hari pengumuman calon pada 22 April lalu oleh Pengerusi BN Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil pada 1999 sehingga 2013, Dato' Rosol Wahid dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Hulu Terengganu menggantikan beliau.
Rata-rata orang ramai menyifatnya sebagai pemimpin yang berjiwa besar yang akan terus membantu BN walaupun tidak dicalonkan pada PRU14 dengan hadir pada kali ini.
Perarakan calon-calon bermula jam 7.30 pagi dengan berkumpul di Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu dan mula bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi hampir 12,000 penyokong BN. - teganukita.net
Related Posts:
Pegawai Kerajaan Terikat Dengan SOP Dato' Wan Nawawi Wan Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menegaskan bahawa pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri secara profesional se… Read More
Terengganu Perkenal Insentif Subsidi Rumah RM40,000 Bawah Program TerengganuKu Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap di Majlis Ucap Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh: Zulkifli C.W Putra Kerajaan negeri memperkenalkan insentif pengurangan harga jualan pangsap… Read More
Titans Terus Mara Pemain T-Team meraikan kemenangan dalam perlawanan menentang ATM selepas menundukkan pasukan tersebut dalam kelayakan penalti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi. Titans mara ke pu… Read More
Kakitangan WDI Zahirkan Sokongan Untuk TSG Di LTdL Kakitangan Wisma Darul Iman (WDI) menyatakan sokongan penuh kepada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) yang akan mewakili negeri ini dalam perlumbaan basikal berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 ya… Read More
Terengganu Lancar `Hari Tanpa Mesyuarat' Setiap Isnin Wan Nawawi bersama sebahagian daripada peserta yang menyediakan kain rentang sempena LTdL bagi menzahirkan sokongan mereka dalam kejohanan penuh prestij tersebut. Foto oleh Zulkifli CW Putra. Kempen `Hari Tanpa Tali Leh… Read More