Sunday, 11 February 2018
-
February 11, 2018
-
ketuapkp
-
PENDIDIKAN , UTAMA
Penduduk Kampung Serada, di Parlimen Marang boleh menarik nafas lega apabila impian mereka sejak 10 tahun lalu untuk mendapatkan sebuah sekolah menengah di kampung itu menjadi kenyataan, hari ini.
Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, pembinaan sekolah baharu itu berikutan pelajar dari kampung itu terpaksa bersekolah di sekolah yang agak jauh dari kampung.
Antaranya mereka terpaksa bersekolah di SMK Padang Midin, SMK Seri Nilam, SMK Tun Telanai dan SMK Sultan Mansor yang jaraknya lebih 10 kilometer dari kampung atau jarak rumah.
“Majoriti ibu bapa di sini bekerja sebagai petani menyebabkan mereka kurang mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang jauh.
“Selain itu, berlaku kepadatan sekolah-sekolah berkenaan menyebabkan keselesaan pelajar terganggu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Parlimen Marang, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang.
Mahdzir berkata, SMK Serada akan dibina di atas tanah seluas 16 ekar melibatkan peruntukan sebanyak RM27 juta.
“Ia akan menempatkan 18 bilik darjah, makmal sains, bilik pentadbiran, surau, dewan terbuka dan lain-lain kemudahan. Pembinaan itu dijangka siap pada 2019,” katanya. - teganukite.net
Related Posts:
STPM 2016 Buktikan Anak Terengganu Cemerlang- A. Latiff Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu menerima a… Read More
Dua Pelajar UniSZA Wakili Malaysia Dua pelajar Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mewakili Malaysia bagi merebut piala Louis M. Brown dalam Pertandingan Konsultansi Kliendi di U… Read More
Pameran Petrosains DinoTrek 2 Dilanjutkan Sehingga 30 Mac Pameran Petrosains DinoTrek 2 di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Kampung Laut, Kuala Terengganu, dilanjutkan sehingga 30 Mac depan bagi memberi peluang kepada orang ramai terus menyaksikan pelbagai replika… Read More
Pra Universiti Beri Peluang Kedua Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini dinasihatkan agar tidak memandang rendah kepada tawaran melanjutkan pelajaran di pra universiti.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pra univ… Read More
PSKT Sasar Terima 200 Ribu Pengunjung Tahun Ini Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) menyasarkan lebih 200,000 masyarakat, terutama pelajar dan golongan belia mengunjungi pusat sains terbesar di Malaysia itu sepanjang tahun ini berbandin… Read More