Sunday, 11 February 2018
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM) mensasarkan penambahan sepuluh buah Kolej Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh dua tahun.
Menterinya, Dato' Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu dilaksanakan untuk memantapkan dan memperkasakan lagi akademik di kolej-kolej Tingkatan Enam.
"Kolej Tingkatan Enam mempunyai premis dan pentadbiran yang tersendiri, guru yang dilantik khas dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran pra universiti yang kondusif.
"Tidak semestinya bina bangunan baru tapi boleh guna bangunan sedia ada dengan sedikit penambahan dewan dan asrama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Kolej Tingkatan 6 Hulu Terengganu (HuTeCs) & Perasmian Berkelompok Mesyuarat Agung PIBG Sekolah-Sekolah Dalam Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Seri Jailani Johari; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Belia & Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, Bazlan Abd Rahman.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran) KPM; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Husin.
Tambahnya lagi, setiap kolej Tingkatan Enam ini akan dapat menampung 250 hingga 300 orang pelajar dalam satu masa.
Untuk rekod, Pusat Tingkatan Enam Mod 1 mempunyai premis berasingan dengan sekolah arus perdana dan mempunyai pentadbiran tersendiri serta beroperasi dengan sekurang-kurangnya 12 kelas.
Mod 2 pula merujuk kepada pemusatan kelas Tingkatan Enam sekurang-kurangnya 12 kelas di blok berasingan di sekolah arus perdana manakala Mod 3 merujuk kepada pemusatan kurang daripada 12 kelas dan berkongsi blok di sekolah arus perdana.
Pada majlis yang sama, Mahdzir turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM 300,000 kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu untuk bantuan pengurusan dan pentadbiran. - teganukite.net
Related Posts:
SIARAN LANGSUNG PEMBENTANGAN BAJET NEGERI TERENGGANU 2017 IKUTI SIARAN LANGSUNG PEMBENTANGAN BAJET NEGERI TERENGGANU 2017 OLEH YAB HJ AHMAD RAZIF ABD. RAHMAN MENTERI BESAR TERENGGANU DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU, WISMA DARUL IMAN PADA 21 NOVEMBER 2016 JAM 11.00 PAGI - t… Read More
J3K Perlu Transformasi Bantu Kerajaan Peranan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) serta kepimpinan di bawahnya amat penting bagi membantu kerajaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) akan datang. Menteri Besar, Ahmad Razif… Read More
Hentikan Amalan Keluarkan Amaran Pentadbiran - KSN Semua ketua jabatan diminta menghentikan amalan mengeluarkan amaran pentadbiran kepada kakitangan yang mempunyai masalah displin berikutan tidak memberi sebarang implikasi kepada penjawat awam. Ketua Setiausaha Negara,… Read More
3,456 Penerima Nikmati Manfaat Tabung Darul Iman Dari Februari Hingga Oktober Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM5.4 juta kepada 3,456 penerima menerusi Tabung Darul Iman (TDI) sejak Februari hingga Oktober lalu. Daripada jumlah ini, sebanyak RM2.6 juta untuk kegunaan bantuan sara diri tahunan, … Read More
Terengganu pertimbang haramkan belon helium, hidrogen KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan menimbangkan pengharaman penggunaan belon helium dan hidrogen dalam sebarang acara rasmi di negeri itu. Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihakn… Read More