Sunday, 28 January 2018

Foto oleh : Harish Fadzillah Abu Kassim

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) melakukan pelbagai transformasi bagi menambah baik kelab-kelab di bawah naungannya.

Antaranya adalah dengan menubuhkan sebuah syarikat iaitu Terengganu Football Club Sdn Bhd.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan penubuhan syarikat itu, ianya akan mengurangkan kebergantungan kelab-kelab tersebut kepada kerajaan negeri terutamanya dari segi kewangan.


"Dengan penubuhan syarikat ini, sebenarnya kita sudah pergi ke satu konsep yang lebih profesional selain syarikat akan menguruskan lima pasukan di bawahnya.

"Jadi untuk kewangan selepas pada ini, mereka tidak akan bergantung 100 peratus kepada kerajaan. Mungkin selepas ini ada stadium sendiri dan ada lagi perkara-perkara yang menjana pendapatan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Memperkenalkan Pemain dan Jersi Pasukan Terengganu FC Musim 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.

Ahmad Razif yang juga Presiden PBSNT berkata, melalui gerakan transformasi itu, buat masa sekarang, terdapat lima kelab yang bernaung di bawah satu pengurusan.

"Terengganu FC dijadikan sebagai 'parents club' manakala Terengganu FC 2 sebagai 'feeder club'. Seterusnya kita ada Terengganu FC 3, Terengganu FC 4 dan Terengganu FC 5.


"Jadi maknanya sekarang kita ada satu sistem yang ada kesinambungan iaitu dengan menyediakan pelapis. Daripada bawah 17, bawah 19, kemudian bawah 21. Pasukan bawah 21 ini kita sediakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2018 nanti," katanya.

Dalam program yang berlangsung malam tadi, ribuan peminat bola sepak Terengganu membanjiri stadium tersebut untuk menyaksikan pelancaran jersi bagi kelima-lima pasukan bagi musim 2018.


Related Posts:

  • Rhinos Juara Tarik Tali Kebangsaan Rhinos dari Sabah muncul sebagai juara Pertandingan Tarik Tali Kebangsaan buat kali ketiga berturut. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kumpulan dari Sabah, Rhinos muncul juara keseluruhan Pertandingan Tarik Tali Kebangs… Read More
  • RTES Bolot Keseluruhan Hadiah Sultan Mizan Cup 2017 RTES berjaya merangkul kesemua hadiah pada Kejohanan Sultan Mizan Cup 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) men… Read More
  • 1,300 Pengayuh Basikal Meriahkan Festival TSG Sebahagian peserta  yang mengambil bahagian dalam program TSG Fellowship Ride 2017 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Harish Fadzillah Kassim  Kira-kira 1,300 pelumba basikal dari dalam dan luar negara meny… Read More
  • Terengganu Lokasi Pencarian Protege Ekspeditor Negara Sebahagian peserta yang hadir pada Programpada Program Sesi Perkongsian Pengalaman dan Pemilihan Protege sempena Misi Aweta 2018 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Harish Fadzillah Kassim … Read More
  • Sokong MB Ilhamkan Bina Litar Lumba Pembukaan Litar Lumba Pemotoran Terengganu pada pada April lalu ternyata dapat mengurangkan gejala rempit khususnya di bandar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Malam kelmarin, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Ra… Read More

Demi Masa

JUMAAT, 27 Jun 2018
6:10 PM

Kategori Artikel

Arkib Blog

Jumlah Pelawat

75824
1TeCC. Powered by Blogger.

Makluman

Promosi

Artikel Pilihan