Monday, 29 January 2018
Jersi Terengganu FC (TFC) dan TFC 2 akan dijual bermula pada 3 Februari ini sempena perlawanan pertama TFC menentang PKNS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu.
Pengarah Urusan Kobertbell Marketing (M) Sdn Bhd, Faeez Asry Yusof selaku pengeluar rasmi jersi pasukan tersebut berkata, terdapat dua versi iaitu versi peminat dan versi pemain yang akan dijual kepada peminat bola sepak negeri.
Katanya, bagi keluaran pertama hanya versi peminat sahaja yang akan dijual dan penjualannya amat terhad.
"Pada 3 Februari ini, sebanyak 1,000 helai jersi utama pasukan versi peminat akan dijual di Kobert Store dan melalui empat agen berdaftar yang boleh dibeli di SSINS pada hari perlawanan.
"Manakala bagi jersi pelawat dan versi pemain pula, ianya akan mula dijual pada 9 Februari ini pada perlawanan menentang Selangor," katanya kepada Teganukita, hari ini.
Tambah Faeez, harga yang ditawarkan bagi versi peminat adalah RM69.90, manakala bagi versi pemain pula berharga RM99.90.
"Pada musim sebelumnya, versi pemain dijual dengan harga RM129.90. Atas permintaan daripada peminat, kita kurangkan harga sebagai tanda sokongan kepada pasukan negeri," katanya.
Dalam pada itu, Faeez mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana memberi kepercayaan kepada pihaknya untuk menjadi pengeluar rasmi jersi pasukan Terengganu bagi musim 2018 dan 2019. - teganukite.net
Related Posts:
Terengganu Bersedia Jadi Tuan Rumah Terbaik Ekuestrian Sempena Sukan SEA 2017 Kerajaan negeri bersedia menjadi penganjur terbaik bagi sukan berkuda sempena Sukan SEA 2017 (Kuala Lumpur 2017) tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat b… Read More
Terengganu Bike Week 2017 27 Mac- 2 April, Tampil Kelainan Tengku Sri Temenggung (kanan) bersama Tun Faisal menunjukkan pamplet mempromosikan penganjuran Terengganu Bike Week 2017 27 Mac-2 April 2017 ini. Terengganu Bike Week 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac h… Read More
Tinju Sirkit Remaja Di Mydin Mall Gong Badak Terengganu dipilih untuk menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Siri 1/2017 yang akan berlangsung selama lima hari, bermula 27 Mac ini bertempat di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus. Kira-kira 150 peni… Read More
Hancock Juara Keseluruhan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2017 Hancock muncul pelumba terpantas bagi kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Perenang dari Australia, Dean Hancock menewaskan perenang yang pernah mencipta masa terpantas d… Read More
110 Peserta Sahkan Sertai Fim Asia Motocross Championship 2017 Seramai 110 peserta dari dalam dan luar negara telah menyesahkan penyertaan untuk bersaing dalam kejohanan motosikal lasak Fim Asia Motocross Championship 2017 dari 23 hingga 25 Mac di Litar Motocross Kompleks Sukan Gong… Read More