Penerima anugerah bergambar kenangan
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) telah memohon peruntukan sebanyak RM380,000 daripada Kementerian Pendidikan bagi membaiki kerosakan sekolah yang berlaku sepanjang musim tengkujuh ini.
Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussain berkata kerosakan yang berlaku antaranya melibatkan pagar sekolah yang runtuh akibat arus deras dan atap serta siling sekolah yang tercabut diterbangkan angin kencang. "Sebanyak enam buah sekolah di beberapa daerah antaranya sekolah di Bukit Mentok, Kemaman dan sekolah di Padang Midin telah kita dapati berlaku pelbagai kerosakan antaranya atap yang diterbangkan angin, siling kelas runtuh dan pagar yang rosak.
"Kita telah pun memohon peruntukan tersebut kepada Kementerian Pendidikan dan kerja baik pulih kini sedang dijalankan dengan kebenaran (daripada kementerian)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Gala TTB Kemenjadian Murid Gen-T 2017 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi. Turut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Shafruddin berkata, pihaknya berjaya meminimumkan kerosakan yang melibatkan kelengkapan sekolah kerana kakitangan sekolah telah memindahkan barangan tersebut ke tempat yang lebih tinggi dengan lebih awal.
"Sekolah yang biasa berdepan dengan banjir, kita sudah arahkan supaya membuat persediaan awal sebelum cuti sekolah bermula dengan mengikat perabot dan menempatkan barangan elektronik ke tempat tinggi," katanya. - teganukite.net |
Sunday, 7 January 2018
Related Posts:
300 Penguatkuasa JHEAT Pantau Kaki Ponteng Puasa Pesuruhjaya JHEAT Wan Mohd Wan Ibrahim. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Umat Islam yang tidak menghormati Ramadan terutama makan di tempat terbuka waktu siang hari bakal `diangkut’ menggunakan kenderaan Jab… Read More
Zakat Fitrah 2017 Ditetapkan Tidak Kurang RM7 Di Terengganu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar fitrah bagi tahun ini tidak kurang RM7 setiap orang. Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kadar nilaian wang tunai itu d… Read More
Pendapatan TDM Meningkat 17 Peratus Mohamat bercakap kepada media ketika sidang media sejurus selesai Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra. Syarikat mi… Read More
TNB Keluar Zakat RM161,282.35 Kepada Maidam Mohd Rashdi menyerahkan zakat perniagaan TNB berjumlah RM161,282.35 kepada Shaikh Harun yang mewakili Maidam di Pejabat Maidam, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Kassim Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu hari i… Read More
Terengganu, Sulawesi Selatan Mahu Wujudkan Kerjasama Dalam Bidang Pertanian Terengganu mahu berkerjasama dengan Sulawesi Selatan, Indonesia dalam bidang pertanian, terutama berkaitan penggunaan teknologi makanan dan inovasi yang diguna pakai pihak itu bertujuan meningkatkan ekonomi negeri s… Read More